London: Seorang wanita yang didakwa memanipulasi bapanya untuk meninggalkan sebahagian besar hartanya bernilai 100 juta pound (RM550.6 juta), dilaporkan kalah dalam kes tuntutan pembahagian harta di mahkamah.
Malahan, Louise Reeves kini berdepan dengan kos perbelanjaan undang-undang sebanyak dua juta pound (RM11.01 juta) selepas kalah dalam kes yang berlangsung selama tiga tahun di mahkamah tinggi. Lapor Daily Mail, Louise bergaduh dengan abangnya, Bill Reeves berhubung pembahagian harta bapanya, Kevin Reeves yang merupakan taikun hartanah. Kevin sebelum ini mahu meninggalkan saham sebanyak 27 juta pound (RM148.6 juta) untuk Bill, namun wasiat terakhirnya pada 2014 hanya tertera peninggalan koleksi harta benda peribadi bernilai kira-kira 200,000 pound (RM1.10 juta).
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Green pada bulan lalu memutuskan wasiat itu tidak sah kerana Louise gagal membuktikan bapanya ‘mengetahui dan merestui’ kandungan dalam dokumen tersebut. Green mendapati Louise mungkin ‘mengubah’ wasiat itu dan gagal membuktikan bahawa Kevin yang buta huruf ‘menyetujui’ kandungan tersebut. Ini bermakna Louise dan Bill masing-masing mendapat sebanyak 27 juta pound (RM148.6 juta) dan harta selebihnya dibahagikan antara adik tiri, Lisa Murray serta ahli keluarga lain. Minggu ini, Green memerintahkan Louise untuk membayar sebahagian besar perbelanjaan undang-undang adik-beradiknya ketika kes pertikaian di mahkamah. Menurut peguam, Louise diperintah untuk membayar 70 peratus perbelanjaan undang-undang Bill yang mungkin melebihi sejuta pound (RM5.5 juta). Jelas peguam Bill, Constance McDonnell QC, penghakiman terhadap Louise membawa ‘implikasi’ bahawa wanita itu melakukan penipuan dengan meminta bapanya mengakui wasiat 2014 tanpa mengetahui syarat atau menyangkanya perkara lain. -CARI Sumber: Utusan Online
|
angelofish replied at 11-3-2022 11:47 PM
taikun hartanah.tapi buta huruf? selama ni bapak dia buat bisnes macam mana?
mojarean_X replied at 12-3-2022 01:58 PM
Ingatkan orang melayu je rebut harta smpi mkn harta anak yatim. Kalo kt Malaysia, konpem jd drama be ...
vee_zara replied at 11-3-2022 11:44 PM
Bukan anak2.. tp anak. Misleading betul tajuknya
Louise, 35, has been accused of "coercing" their dad into leaving £80million to her when he died aged 71 in 2019.
Kevin had initially planned to split his vast wealth - which included land and his beloved Rolls Royce Phantom - between his estranged son Mark's children, Louise, her brother Bill Reeves, 47, and their half-sister Lisa Murray.
But in 2014, he signed a new will, leaving Bill about £200,000 worth of personal effects.
The rest was split between his daughters, with Louise getting 80 per cent and Lisa - who didn't know her father until she was in her 20s - with 20 per cent.
Louise has claimed their dad saw her as the heir to his huge business empire.
ADVERTISEMENT