Bukan pelik, namun masyarakat harus sedar memang wujud individu yang digelar ‘bayi dewasa’ atau dipanggil Sindrom Bayi Dewasa atau AB/DL (Adult Baby / Diaper Lover).
AB (Adult Baby) ini mahu menjadi bayi dan dilayan seperti bayi, memakai pakaian bayi, minum susu di dalam botol dan dimanjakan pasangannya. Manakala DL (Diaper Lover) pula suka memakai diaper yang akan menyebabkan keinginan seksual mereka meningkat. Seperti kisah yang tular di laman sosial baru-baru ini apabila seorang isteri mengadu akan sikap suaminya yang suka memakai lampin pakai buang dan mahu minum susu panas dalam botol susu. “Aku terserempak dengan platform ini dengan tidak sengaja dan menjadi peminat dan gemar membaca cerita-cerita yang dikongsi di dalam platform ini. “Banyak pengajaran yang aku boleh ambil dari cerita-cerita yang dikongsi. Aku mahu kongsi sebuah cerita aku dan juga mahu dapatkan pandangan terhadap pengalaman aku ini. “Aku telah berumahtangga hampir enam tahun. Alhamdulillah suami aku seorang yang rajin dan bertanggungjawab. “Nafkah diberi dengan cukup, duit belanja dapur diberi dengan cukup. Pembayaran elektrik dan air juga dia tanggung. Cuma kadang-kadang ada yang tidak mencukupi aku tambah. “Aku juga, ada pendapatan sebagai dropshipper. Aku menjual pakaian Muslimah melalui online. “Satu sahaja yang kita belum memiliki ialah rezeki zuriat. Sudah banyak cara kita cuba dan usaha kita belum dapat rezeki. “Sekarang pembaca telah sedikit mengenal kehidupan aku dan suami. Memang kita jarang ada masalah. “Aku mahu menceritakan tentang tabiat atau minat suami aku yang pelik. Pembaca pernah dengar satu minat yang dinamakan ABDL? Atau Adult Baby Diaper Lover. “Tabiat atau minat ini adalah seseorang individu yang minat memakai lampin dan dianggap sebagai bayi atau anak yang berumur 2 tahun ke atas. “Suami aku minat memakai lampin dewasa dan mahu aku bayikan dia. “Sebelum kita nikah, suami aku pernah bercerita tentang minat ini dan aku tidak memberi perhatian yang sepenuhnya. “Bila kita sudah bernikah, suamiku mula menunjukkan minat dia yang ini kepada aku. “Pada mulanya aku merasa pelik dan tidak mahu menunaikan kehendak dia. Tetapi lama kelamaan, aku layan kemahuan suami. “Pada hari tertentu atau hari cuti, dia akan suruh aku pakaikan dia lampin dewasa yang tebal. Lalu aku akan siapkan dia susu panas di dalam botol susu. “Selepas aku bagi dia botol susu, aku akan berikan perhatian seperti anak kecil sehinggalah dia tertidur atau menonton kartun atau rancangan yang dia minat. “Nanti bila lampin dia basah, aku akan tukarkan yang baru. Aku juga akan siapkan makanan dan suapkan makanan ke dalam mulutnya. “Kegiatan ini berlaku apabila kita suami isteri dan hanya aku seorang yang tahu minat suamiku. Aku pernah bertanya kepada dia, sampai bila mahu teruskan minat dia. “Dia beritahu aku, semenjak kecil dia ada minat atau tarikan kepada memakai lampin. Memakai lampin memberi dia kebahagiaan. “Kemungkinan bila tiba waktunya, dia akan berhenti dengan minat ini. “Niat aku menulis ini nak tahu, adakah suami lain yang macam suami aku. Atau suami aku ini memang pelik,” kongsinya. Menurut kajian, Sindrom ABDL ini terjadi atas keinginan sendiri dan ia juga bukan pedofilia. Menurut pakar seksologi Ray Blanchard & Kurt Freund, AB/DL tidak menggunakan kanak-kanak untuk memuaskan nafsu sebaliknya mereka hanya berperangai seperti bayi apabila bersama pasangan atau ketika berseorangan. -CARI Sumber: Utusan TV/Facebook IIUM Confessions
|
shark_eow7 replied at 11-3-2022 05:51 PM
kt iium confession. ada confessor reply confession pasal ni. masalah yg sama dia face dgn ex husband ...
Suchi replied at 11-3-2022 07:23 PM
Adoii selama ni iols igtkan yg pakai acah2 baby nih hanya sbb fetish aneh or obses nk jadi baby mc ...
cmf_premierleag replied at 11-3-2022 08:34 PM
kalo baby2 yg kencing berak merata, tu kita boleh sabar lg.sbb baby2 cuma makan liquid food yg byk ...
ADVERTISEMENT