CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Gigi Tak Patah, Tiada Hentakan Di Kepala Tangmo

11-3-2022 04:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2119| Komen: 3

Bangkok: Bedah siasat tidak menemui kesan gigi patah atau kecederaan kepala pada mayat pelakon Pattarathida 'Tangmo' Patcharaveerapong atau Tangmo Nida yang lemas selepas terjatuh daripada bot laju di Sungai Chao Phraya di Nonthaburi, 24 Februari lalu.


Perkara itu dimaklumkan doktor daripada Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis yang melakukan proses bedah siasat, lapor Bangkok Post.

Menurutnya, beliau memeriksa mulut Tangmo Nida dan mendapati tiada gigi yang patah, sementara pemeriksaan kepala juga tidak menemukan kesan trauma daripada objek keras.


Foto: IG

Bedah siasatan itu selepas pelakon dan juga petugas menyelamat, Ekkapun 'Tide' Bunluerit memberitahu rancangan televisyen bahawa muka wanita itu telah dipukul objek keras berikutan kesan lebam pada mata kanan, manakala beberapa gigi kelihatan patah.

Tide adalah antara orang terawal melihat mayat Tangmo selepas dibawa naik.

Ketua IFM Supichai Limsiwawong berkata, doktor yang melakukan bedah siasat memberitahu mayat mengalami beberapa luka terutama luka besar di paha kanan.

Bagaimanapun, beliau memaklumkan belum menerima laporan berhubung kecederaan kepala.

Katanya, sampel tisu daripada badan Tangmo sudah dihantar ke dua hospital untuk ujian lanjut, namun keputusannya belum diperoleh.

Tangmo, 37, jatuh dalam Sungai Chao Phraya dekat jeti Pibul 1 di daerah Muang pada 10.40 malam, 24 Februari lalu ketika bersiar dengan bot laju bersama lima individu.

Mayatnya ditemui pada 1 petang, 26 Februari.

Pemilik bot, Tanupat 'Por' Lerttaweewit dan Phaiboon 'Robert' Trikanjananun yang memandu bot itu didakwa atas tuduhan beroperasi tanpa lesen dan kecuaian yang membawa kepada kematian. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tikusmontok 11-3-2022 05:05 PM
Sambung kat thread yg ada tu tak boleh ke sengal???semak laaa ngok
Quote Normabaru 12-3-2022 11:44 AM
Watermelon blambak tu mmg Nick tangmo ni watermelon ke
Quote orkid_amani 12-3-2022 02:26 PM
Tak habis lagi ka kisah tongmo ni?
Badminton Germany open pun hari ni dah semi final uols
Next week dah start All England

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:14 PM GMT+8 , Processed in 0.509968 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top