CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Buta, Anak OKU-Keluarga Gelandangan India Terharu Dibenarkan Tinggal Di Rumah Wanita Melayu

11-3-2022 04:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2901| Komen: 31

Port Dickson: Walaupun berlainan agama dan bangsa, seorang wanita, Noraini Zainal Abidin, 63, sanggup berkorban membantu keluarga gelandangan berketurunan India.


Keluarga malang terbabit, A Nathendrex, 48, isterinya, M Mageswary, 40 dan anak tunggal mereka, N Thiru, 12, yang cacat kedua-dua kakinya sejak lahir terharu dengan kebaikan 'emak' angkat mereka, Noraini yang sanggup memberi mereka tinggal di rumah didiami di Kampung Sri Parit, Lukut di sini.

Menurut Nathendrex, dia tidak bekerja sejak dua bulan lalu kerana menghidap penyakit dalam perut dan isterinya pula menghadapi masalah penglihatan (buta) sejak tahun lalu akibat penyakit kencing manis kronik.


Foto: Harian Metro


"Sebelum ini kami hidup berpindah-randah dan menghuni rumah kosong yang ditinggalkan. Namun 'emak' ambil kami dan memberikan rumahnya untuk kami tinggal.

"Dia pula sanggup tinggal bersama anaknya di Kuala Lumpur.

"Sesekali mereka balik ke sini menjenguk kami kerana kami hidup serba kekurangan. Malah, banyak peralatan elektrik rosak akibat banjir kilat hujung tahun lalu," katanya ketika ditemui, semalam.

Katanya, bagi menampung perbelanjaan harian, dia mengutip besi buruk dan barangan terpakai untuk dijual.

"Kalau dulu kami hidup seperti gelandangan, tetapi kini sudah ada kediaman. Namun kami masih perlu berusaha mencari rezeki harian kerana isteri dan anak adalah orang kurang upaya (OKU).

"Sebelum saya keluar mencari rezeki (besi buruk), saya perlu memasak dahulu supaya isteri dan anak tidak kelaparan di rumah.

"Pernah juga saya keluar dari pagi hingga ke petang dan gagal menemui barangan besi buruk untuk dijual. Akibatnya kami berlapar sepanjang hari, namun kami sudah biasa dengan keadaan itu," katanya yang berasal dari Pontian, Johor.

Nathendrex berkata, anak tunggalnya, Thiru kini sudah boleh berjalan dan membantu isterinya di rumah ketika dia keluar mencari rezeki.

Sementara itu, Noraini berkata, dia simpati terhadap nasib keluarga itu dan sanggup memberikan rumahnya untuk mereka berteduh.

"Biarlah mereka tinggal di sini kerana mereka tidak ada tempat tinggal. Lebih malang isteri serta anak tunggal mereka OKU pula.

"Saya kini tinggal bersama anak (di Kuala Lumpur) sambil menjaga dua cucu yang masih kecil. Saya balik kerana mendapat tahu banyak barangan elektrik rosak sejak dilanda banjir akhir tahun lalu," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 11-3-2022 08:35 PM
Buat baik berpada pada...buat jahat jangan banyak kali.
Quote zamzam 11-3-2022 08:39 PM
Nanti bapaknya mintak masuk islam pastu satu malaysia huru hara dek dap. Melayu ni tak serik2.
Quote angelofish 11-3-2022 09:03 PM
betul ke orang kata.kalau kita bagi tumpang rumah atau tanah.kita tak boleh ambik balik kecuali kena bagi ganti rugi...
Quote Belibis 11-3-2022 11:52 PM
angelofish: betul ke orang kata.kalau kita ...

Pernah dengar gitu jugak.tapi ada tempoh dia.
Contoh..bila dah duduk 10 tahun,nak keluar tuan tanah kena bayar pampasan ..ntah ler.
Quote .HannahMontana. 12-3-2022 12:40 AM
Silap besar .

Buat baik berpada-pada.

Ingat tu !

Kita manusia bukan semua kita boleh baca tp bila ada pesanan "buat baik berpada-pada" bermakna ada sifat yang tidak terjangka metsi kita berjaga-jaga


bersekali dengan hindu

laki dia xrogol ko ke

adik beradik dia xdatang claim apa-apa ke selepas ini

jangan sampai ko pula yang jadi gelandangan

sampai tahap mcm ni , Allah pun xsuruh .
Quote .HannahMontana. 12-3-2022 12:41 AM
Allah kata dalam AL QURAN , jangan sesekali jadikan org kafeer sebagai sahabat baik nanti kamu menyesal /rugi .

Allah dah pesan.
Quote kaishi 12-3-2022 12:42 AM
Hmmmm, aku tak berani nak komen ape

Aku ghisaaauu je

Tp moga yg baik2 aje....
Quote jas7512 12-3-2022 12:45 AM
X salah berbuat baik sesama manusia regardless agama ke kaum ke etc..cuma hrp dua2 dpt manfaat
Quote Decaffeinated 12-3-2022 08:14 AM
Siapa kata melayu semua rasis
Quote Decaffeinated 12-3-2022 08:23 AM
"Walaupun berlainan agama dan bangsa, seorang wanita, ... "

Ayat yang perlu dalam konteks masyarakat malaysia kerana telah dididik nak tolong kena bangsa sama, nak support pilih agama sama. Bila ada yang tolong-menolong soalan pertama yg ditanya apakah bangsa mereka
Quote gideoncross 12-3-2022 09:26 PM
kaishi replied at 12-3-2022 12:42 AM
Hmmmm, aku tak berani nak komen ape

Aku ghisaaauu je

Aiol plak x nak ckp lbih2 psl hal ni, biarkn Allah SWT yg tentukn.
Quote namieamuro 12-3-2022 09:46 PM
nk komen sikit jela. hrp acik ade la bg syarat2 nye. bkn ape..risau nti ade yg claim itu tmpt tgl mereka 1 hari nti. tu je.
Quote gigahertz 13-3-2022 07:58 PM
.HannahMontana. replied at 11-3-2022 04:41 PM
Allah kata dalam AL QURAN , jangan sesekali jadikan org kafeer sebagai sahabat baik nanti kamu menye ...

kalau tak bagi menumpang di buatnya ahli keluarga tu meninggal atau mati sis tak salahkan diri sis ke ?
bagi i la kan selagi dia x angkat senjata & arak
selagi tu la dia non-muslim.

tapi i pun sangsi juga sebab diorang ni kuat minum.
Quote gigahertz 13-3-2022 08:00 PM
Decaffeinated replied at 12-3-2022 12:14 AM
Siapa kata melayu semua rasis

org melayu ni dari zaman jepun lagi.
suka tanggung risiko. Jepun cari famili Cina
melayu dok sorokkan famili Cina
kalau kat area Kampung2 ramai famili melayu
tapi ada member famili muka cina
Quote Belibis 13-3-2022 08:04 PM
namieamuro replied at 12-3-2022 09:46 PM
nk komen sikit jela. hrp acik ade la bg syarat2 nye. bkn ape..risau nti ade yg claim itu tmpt tgl me ...

Bukan tak biasa dengar...' saya sini duduk,sudah satu ratus tahun lebey..'
Quote LoveSungmin 13-3-2022 08:15 PM
gigahertz replied at 13-3-2022 07:58 PM
kalau tak bagi menumpang di buatnya ahli keluarga tu meninggal atau mati sis tak salahkan diri sis ...

harap² takda la duit beli arak sebab nak makan pun susah.. kat kampung mak i pun ada yang bagi orang tumpang rumah macam ni.. tapi melayu dengan melayu la..

sebelum ni rumah tu tersorok dalam hutan, memang tak nampak dari jalan.. lepas ada orang tinggal, baru la bersih semak samun.. kitorang balik kampung pun terkejut nampak ada rumah sebab sebelum ni ingat tempat tu hutan semata
Quote ~boolean 13-3-2022 08:24 PM
Baik makcik ni, cuma tak fikir jauh...keluarga tu ada budak baru 12 tahun..agak2 makcik sampai umur budak tu berapa tahun sanggup si makcik ni 'tumpangkan' keluarga ni..kalau aku si ayah dah ada tempat berteduh untuk anak aku memang takkan keluar..
Quote mojarean_X 13-3-2022 08:28 PM
Teringat arwah Atuk i benarkan sepasang suami isteri ni tinggal atas tanah milik my mom adik beradik 70 tahun lepas. Dgn syarat kalo mereka dh meninggal tanah tu pulangkan blk pd anak2 dia. Malangnya datuk i meninggal awal dan keturunan yg duduk atas tanah mak i adik beradik x nk keluar. Smpilah bila mak i dh 72 tahun, tiba2 rumah yg mereka diami dipanah petir dan terbakar hangus. Cepat2 mak cik i pagar semua tanah tersebut dan wat umah. Lps tu baru mak i pula wat umah walaupun kami x de keperluan sgt pun nk wat umah kt situ. Lps tu waris2 yg menumpang x puas hati ckp tanah dia tp bila mereka pergi pejabat tanah mereka pula dimarahi sbb geran tanah sah2 jelas tunjuk nama mak i adik beradik atas tanah tu.
Quote awanearisu 13-3-2022 08:42 PM
Mereka ini sepatutnya lebih dari layak untuk menerima bantuan OKU JKM, memandangkan ibu dan anaknya mengalami kecacatan fizikal.

Harap pihak JKM sudah menyantuni keluarga ini.

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.069340 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top