CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Angpau RM500 Untuk Pengantin Baru Dari Pusat Khidmat DUN Pelawan

11-3-2022 02:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 983| Komen: 2

Pusat Khidmat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelawan menawarkan angpau sebanyak RM500 buat pasangan yang baharu mendirikan rumah tangga di kawasan DUN itu.


Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan II Michael Tiang Ming Tee berkata syarat bagi permohonan angpau itu ialah seorang daripada pasangan itu hendaklah pengundi berdaftar di kawasan Pelawan.

“Angpau ini adalah sebagai ucapan tahniah daripada pusat khidmat ini dan juga bagi menggalakkan pasangan muda berkahwin,” kata Tiang yang juga ADUN Pelawan.


Kredit foto: BERNAMA

Selain itu, pasangan yang seorang daripada mereka merupakan pengundi di Pelawan juga boleh memohon angpau berjumlah RM300 untuk bayi yang baru dilahirkan.

Pasangan yang mendaftarkan perkahwinan mereka dan bayi yang dilahirkan sejak Januari tahun ini layak memohon angpau tersebut.

Pemberian angpau itu adalah projek komuniti bersempena dengan pembukaan rasmi Pusat Khidmat SUPP DUN Pelawan yang terletak di No. 20, Tingkat 1, Lorong Sungai Merah 2F, Sibu hari ini.

Pusat itu dibuka dari 8 pagi hingga 5 petang dari Isnin hingga Jumaat dan pada Sabtu beroperasi sehingga 12 tengah hari.

Ia ditutup pada hari minggu dan hari kelepasan am.

Sumber: BERNAMA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 11-3-2022 09:09 PM
Kalau kawin bulan Feb dapat baby bulan May boleh mohon double ang pow lah kan?

Quote hyie 11-3-2022 11:29 PM
cantikla warna songket dia

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.568444 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top