CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Ini Fitnah! Risalah Saya Punya, Beg Bukan" - Calon BN

11-3-2022 02:33 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1085| Komen: 0

Calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, Datuk Lokman Md Don menegaskan, gambar memaparkan seorang individu menunjukkan wang dan risalah darinya adalah fitnah.



Kredit foto: FB

“Ini adalah fitnah. Semalam, saya terkejut menerima gambar serupa ini. Saya tidak pernah beri sebarang apapun yang berbentuk wang ringgit.

“Ini amat memalukan kerana itu adalah ‘flyers’ (risalah) dari pihak saya, namun beg yang dipaparkan dalam gambar, bukan daripada saya mahupun jentera saya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas di Facebook.


Kredit foto: FB


Justeru beliau berharap agar sesiapa yang ada menerima gambar tersebut, berhenti dari menularnya serta-merta.

“Kerana wakil dari saya telah membuat laporan polis (laporan polis ada disertakan).

“Jadi, hentikan sebaran ini serta-merta,” katanya lagi.



Kredit foto: FB

Di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini, DUN Simpang Jeram menyaksikan persaingan empat penjuru.

Lokman yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bakri akan berhadapan dengan Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Seri Salahuddin Ayub yang juga penyandang kerusi tersebut dan Ahli Parlimen Pulai mewakili Pakatan Harapan (PH).
 
Manakala dua lagi calon dari Perikatan Nasional (PN) Zahrul Salleh dan Mahaizal Mahmor (Pejuang).


Sumber: UMNO ONLINE


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:48 PM GMT+8 , Processed in 0.077200 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top