CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjing Terpisah Dengan Tuan Pandai Naik Bas Cari Jalan Balik

11-3-2022 02:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2006| Komen: 13

Seekor anjing sesat di sebuah taman berjaya menemui jalan pulang selepas menaiki bas untuk kembali ke rumah tuannya tanpa sebarang bantuan, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.


Anjing bernama Pepper itu keluar bersiar-siar di taman dengan ibu pemiliknya sebelum talinya terlepas ketika sedang bermain.

Pemilik Pepper, Charlotte Jones berkata, dia berusaha mencari anjingnya di taman itu selama dua jam sebelum meminta pertolongan menerusi media sosial.


Pepper ketika dirakam oleh salah seorang penumpang di dalam bas ketika mahu pulang ke rumah selepas sesat di taman. - Charlotte Jones

Tidak lama kemudian, Jones menerima panggilan daripada seorang penumpang yang memberitahu Pepper berada di dalam sebuah bas menghala ke kawasan kediaman wanita itu.

“Pepper berjalan sejauh 4.8 kilometer ke stesen bas di pusat bandar dan menunggu untuk menaiki bas No.7 iaitu bas yang melalui kawasan rumah kami.

“Saya dan Pepper memang selalu menaiki bas bersama-sama sebelum ini tetapi saya tidak sangka anjing ini akan mengingati rutin yang dilakukan bersama tuannya,” kata Jones.

Tambah Jones, penumpang yang menelefonnya memberitahu bahawa Pepper tahu lokasi tepat untuk berhenti dan terus melompat keluar sebaik tiba di destinasinya.

“Saya terkejut apabila pintu bas dibuka, Pepper menerpa ke arah saya. Ternyata saya memandang rendah kebijaksanaan haiwan peliharaan ini yang mampu mencari jalan pulang sendiri,” ujarnya.


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lattehazelnut 11-3-2022 02:31 PM
Normal je ko buang anjing kucing lepas tu dia datang balik
Quote Belibis 11-3-2022 02:43 PM
lattehazelnut replied at 11-3-2022 02:31 PM
Normal je ko buang anjing kucing lepas tu dia datang balik

Kalau jalan balik normal..kalau naik bas,sapa yg bayar tambang?
Quote Thunderclouds 11-3-2022 02:58 PM
In this case, I assumed puppy ni nek bas at driver's discretion. Byk tempat kt o/sea ada pet policies kalo nek public transportation. Ada yg bg,ada yg tak with exception utk certified service dog.
Quote Artemesiaa 11-3-2022 04:53 PM
Dah biasa naik bas dengan tuannya pasti dah biasa tahu dimana nak berhenti dan balik rumah
Quote prettyuglybabe 11-3-2022 04:54 PM
alolo.. pandainya pepper..
syian kena jalan jauh nak tunggu bas..
Quote Lagubestbest 11-3-2022 05:15 PM
uh kena latih ni kucing2..
Quote Decaffeinated 11-3-2022 09:13 PM
siap tau nombor bas tu.

kalau kat Malaysia jangan haraplah nak merasa naik bas.

teringat kat US ada pax bawa anjing naik flight semua ayat doa keluar so that dia tak duduk sebelah aku

Quote melinda_kerr 11-3-2022 09:16 PM
Bijaknya anjing ni… teringat pulak anjing yg iols favourite kt istagram yg pandai melukis now suffer dgn cancer
Quote Genkidesuka 11-3-2022 09:21 PM
masya Allah.  cerdiknya dia.  alhamdullillah dpt reunite dgn maknya.  begitulah.  setiap makhluk yg Allah ciptakan tidak sia2.  
Quote anony-mous 11-3-2022 09:36 PM
Alahai comel sgt perangai anjing ni.
Quote cheezel 11-3-2022 10:30 PM
Pandainya dia
Quote faraway1 11-3-2022 11:03 PM
Bacakan cita ni kat Maurice, my dog. Bagitau see anjing ni pandai naik bas balik rumah sendiri, agaknya boleh buat tak
Quote che-cikL 12-3-2022 01:28 AM
Smart one!

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.071962 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top