CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bayi Perempuan Usia 7 Hari Ditembak 5 Kali Sebab Bapa Nak Anak Lelaki

11-3-2022 01:58 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4739| Komen: 52

Lelaki Pakistan ditahan kerana disyaki menembak mati bayi perempuannya berusia tujuh hari semata-mata kerana mahukan bayi lelaki sebagai anak sulung, lapor akhbar Daily Mail semalam. 


Bayi bernama Jannat yang bermaksud ‘syurga’ dalam bahasa Urdu itu ditembak lima kali pada Isnin lalu di rumahnya di bandar Mianwali, tengah Pakistan, kata polis.


Shahzaib Khan, (tengah) telah ditahan pada Khamis oleh polis Pakistan kerana menembak mati bayi perempuannya yang berusia seminggu. - Punjab Police/ Twitter

Suspek yang dikenali sebagai Shahzaib Khan, didakwa memasuki rumah lalu mengarahkan isterinya menyerahkan Jannat sebelum menembak mati bayi itu, lapor akhbar Dawn.


Shahzaib yang telah berkahwin selama dua tahun itu melarikan diri dari tempat kejadian sebelum ditahan semalam di daerah berhampiran, demikian menurut polis.

Menerusi adat suku kaum Pakistan, bayi perempuan boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap kaum lelaki.

Bapa saudara kepada bayi perempuan itu, Hidayatullah Khan membuat aduan rasmi terhadap suspek atas pembunuhan itu.

“Seorang bayi perempuan lahir… dia (Shahzaib) berang," kata Hidayatullah. 

Menurutnya, Shahzaib tidak pulang ke rumah keluarganya selepas mendapati isterinya melahirkan bayi perempuan dan enggan menerimanya.

Ketika kejadian, dia cuba mengambil bayi itu tetapi suspek mengacukan pistol ke arahnya dan saudara-mara lain lalu mengugut akan menembak mereka jika bergerak lebih dekat.

Kes itu telah mencetuskan kemarahan di Pakistan dengan orang ramai menganggap pembunuhan bayi yang baru lahir itu sebagai kejam. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Dwdrum 11-3-2022 02:01 PM
Kasihan baby Bagi kepada aku ambil
Quote airmineral 11-3-2022 02:06 PM
kromosom lelaki yg bercantum dgn kromoson pompuan yg akan tentukan jantina anak kan? baik dia ni tembak punai sendiri..nak lawan tuhan plk dia[em:6:]
Quote musangbodoh 11-3-2022 02:10 PM
laki tok ti senyum sinis
Quote missyL 11-3-2022 02:34 PM
Igtkn zaman jahiliah je cmni.
Quote vanillaninja 11-3-2022 02:38 PM
Menerusi adat suku kaum Pakistan, bayi perempuan boleh dianggap sebagai penghinaan terhadap kaum lelaki.


Bingainya?
Quote toynme 11-3-2022 02:54 PM
pastu kat sana takde perempuan la nnti...ko ingat zaman piraun...
Quote kyozsamurai 11-3-2022 02:57 PM
ada lg pemikiran mcm ni dlm dunia ek.....gilo tul
Quote Virus_77 11-3-2022 02:59 PM
bangsat punya jantan
Quote iman_kasih 11-3-2022 03:00 PM
Awat tak tembak diri sendiri je? Kan 'salah' sendiri. Bertabahlah mama baby tu..kesian sungguh.
Quote venom1 11-3-2022 03:13 PM
cuba dia rasa sebutir peluru kat kepala dia..sedap tak?
Quote darkness 11-3-2022 03:18 PM
Hmmm tak habis2 adat jahiliyah ni diperjuangkan
Quote midori_katana 11-3-2022 03:38 PM
Gilanya.. esok2 anak pompuan tu jugak yg jaga hang tau dak!
Quote sarahmirza 11-3-2022 03:46 PM
Ex kelik i Pakistan ada FB tak pernah letak gambar wife & anak perempuan dia...
Gambar anak lelaki je dia bagi orang tengok...

Quote KamikuP 11-3-2022 03:46 PM
Depa Pakistani kafirun ke semua mcm takde iman
Quote aHoi83 11-3-2022 03:49 PM
Moga di liwat dlm lokap dan didera mental fizikal. Tak guna betol
Quote Artemesiaa 11-3-2022 03:57 PM
Kesian bayi yang tak bersalah jadi mangsa keadaan.  Buat si bapa moga tak ada keturunan lagi selepas ni.
Quote .HannahMontana. 11-3-2022 03:58 PM
kalau nak anak lelaki  katanya isteri kena klimaks dulu


kalau nak anak perempuan , lelaki kena klimaks dulu

fikirkanlah
Quote piep 11-3-2022 04:23 PM
dah mcm zaman jahiliyah pulak.. padahal pembawa kromosom tu lelaki.. bukan poppuan
Quote diss69 11-3-2022 04:27 PM
Gilanya...kita yg xada ank perempuan ni nk sngt gegirl...

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:24 PM GMT+8 , Processed in 0.157120 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top