CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

45 Pekerja Kilang Cemas Bas Terbalik

11-3-2022 01:49 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 709| Komen: 0

45 pekerja kilang berdepan detik cemas apabila bas dinaiki terbabas sebelum terbalik dalam kejadian berhampiran sebuah hospital swasta di Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn malam tadi.


Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, 10 mangsa mengalami kecederaan ringan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Azami Yaakob berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 8.39 malam.


Anggota bomba memeriksa keadaan bas yang terbalik dalam kejadian di Jalan Bukit Mutiara, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, semalam.

“Setibanya Pasukan Keluar Operasi (PKO) di tempat kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah bas kilang terbabas dan terbalik. 

"Orang awam membantu mengeluarkan mangsa sebelum PKO tiba,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut.

Selain BBP Tebrau, operasi turut dibantu BBP Larkin dan BBP Kempas dengan kekuatan keseluruhan seramai 24 anggota. 


Sumber: UTUSAN

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:02 PM GMT+8 , Processed in 0.408030 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top