Seorang wanita didakwa memanipulasi bapanya untuk meninggalkan sebahagian besar harta bernilai 100 juta pound (RM550.6 juta) dilaporkan kalah dalam kes tuntutan pembahagian harta di mahkamah.
Malah, Louise Reeves kini berdepan kos perbelanjaan undang-undang sebanyak dua juta pound (RM11.01 juta) selepas kalah dalam kes yang berlangsung selama tiga tahun di mahkamah tinggi. Lapor Daily Mail, Louise bergaduh dengan abangnya, Bill Reeves berhubung pembahagian harta bapanya, Kevin Reeves yang merupakan taikun hartanah. Kevin sebelum ini mahu meninggalkan saham sebanyak 27 juta pound (RM148.6 juta) untuk Bill, namun wasiat terakhirnya pada 2014 hanya tertera peninggalan koleksi harta benda peribadi bernilai kira-kira 200,000 pound (RM1.10 juta).
Bagaimanapun, Hakim Mahkamah Tinggi, Michael Green pada bulan lalu memutuskan wasiat itu tidak sah kerana Louise gagal membuktikan bapanya ‘mengetahui dan merestui’ kandungan dalam dokumen tersebut. Green mendapati Louise mungkin ‘mengubah’ wasiat itu dan gagal membuktikan bahawa Kevin yang buta huruf ‘menyetujui’ kandungan tersebut. Ini bermakna Louise dan Bill masing-masing mendapat sebanyak 27 juta pound (RM148.6 juta) dan harta selebihnya dibahagikan antara adik tiri, Lisa Murray serta ahli keluarga lain. Minggu ini, Green memerintahkan Louise untuk membayar sebahagian besar perbelanjaan undang-undang adik-beradiknya ketika kes pertikaian di mahkamah. Menurut peguam, Louise diperintah untuk membayar 70 peratus perbelanjaan undang-undang Bill yang mungkin melebihi sejuta pound (RM5.5 juta). Jelas peguam Bill, Constance McDonnell QC, penghakiman terhadap Louise membawa ‘implikasi’ bahawa wanita itu melakukan penipuan dengan meminta bapanya mengakui wasiat 2014 tanpa mengetahui syarat atau menyangkanya perkara lain. Sumber: Utusan
|
dua_chzy replied at 11-3-2022 01:02 PM
Hairan juga taikun hartanah tidak tahu membaca.
matchstick: Selama dia buat bisnes hartanah smpi jadi taikun tu tak kena tipu plk dia dgn loyer ke hape kan..ujung2 ditipu anak sendirik
ADVERTISEMENT