CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penduduk Ukraine Mula Bergaduh Demi Makanan, Rosakkan Kereta Dapatkan Petrol

11-3-2022 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3619| Komen: 44

Sebahagian penduduk bandar Mariupol saling bergaduh ketika mahu mendapatkan makanan semasa tentera Rusia mengepung bandar tersebut di Ukraine, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) pada Khamis.


"Penduduk mula saling menyerang sesama mereka untuk mendapatkan makanan. Orang ramai mula merosakkan kereta untuk mendapatkan petrol," kata wakil ICRC itu yang berpangkalan di Mariupol, Sasha Volkov dalam satu rakaman audio.


Reuters

"Ramai yang tidak mempunyai bekalan air. Semua kedai dan farmasi dijarah empat hingga lima hari yang lalu.

"Sejumlah orang masih mempunyai makanan tetapi saya tidak pasti berapa lama ia akan bertahan. Ramai orang melaporkan tidak mempunyai makanan untuk kanak-kanak," ujarnya.


Percubaan untuk memindahkan orang awam dari bandar tersebut telah menemui kegagalan dengan Ukraine dan Rusia saling tuduh-menuduh melanggar gencatan senjata yang dipersetujui.

Volkov menyatakan penduduk Mariupol memperoleh bekalan sayur-sayuran tetapi bukan daging di pasaran gelap manakala bekalan perubatan jarang diperoleh.

Penduduk di bandar itu dilaporkan tidak mendapat bekalan air, elektrik lebih seminggu ketika tentera Rusia melakukan pengeboman selepas melancarkan serangan di negara berkenaan pada 24 Februari lalu. 


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kepompong 11-3-2022 01:24 PM
kalau dah macam ni, lebih baik jadi refugee?
Quote Samerosie 11-3-2022 01:54 PM
Silap derang jugak. Patut derang awal2 dah beli emas dgn silver granules dari shoppee, problem semua settled, kaw tim.
Quote Simunggu 11-3-2022 02:10 PM
mcm zombie land sudah
Quote monreyes 11-3-2022 02:27 PM
berbaik je lah....
xde apa untung...
Quote ninja boy 11-3-2022 02:41 PM
Edited by ninja boy at 11-3-2022 02:43 PM

Mohon kawasan bakal diserang
tanam ubi merata2 tempat walau bukan kita pakai
Korek telaga
Emas rumah kereta wang apa x boleh
Basikal kuda keldai ayam ikan  

Quote ifanonline 11-3-2022 02:44 PM
dah jadi zombieland...fight to survive je ni...sebab tu ramai malaysian ada dual citizenship, mudah nak lari kalau ada peperangan, ramai chinese malaysian ada dual citizen ship ni...
Quote ifanonline 11-3-2022 02:46 PM
apa alternatif kenderaan sekiranya tiada petrol? kuda? basikal?

dlm keaddan perang, sudah pasti tiada elektrik dan air...bagaimana nak jana elektrik dan air?
Quote totokreturn. 11-3-2022 02:48 PM
kesian nya, semoga perang ni tamat cepat la
Quote honeybee1802 11-3-2022 02:54 PM
ninja boy replied at 11-3-2022 02:41 PM
Mohon kawasan bakal diserang
tanam ubi merata2 tempat walau bukan kita pakai
Korek telaga

Tu la uols..moh kita siap2 tanam ubi la plak...sambil tu beli la jerat sesiap...lapar ayam boleh jerst burung...
Quote darkness 11-3-2022 03:02 PM
ifanonline replied at 11-3-2022 02:44 PM
dah jadi zombieland...fight to survive je ni...sebab tu ramai malaysian ada dual citizenship, mudah  ...

Ohh kita boleh dual citizenship ke?
Quote asamfish 11-3-2022 03:20 PM
darkness replied at 11-3-2022 03:02 PM
Ohh kita boleh dual citizenship ke?

Secara terang2 dan jujur, tak boleh.  Secara gelap, ramai.

Quote ifanonline 11-3-2022 03:21 PM
darkness replied at 11-3-2022 03:02 PM
Ohh kita boleh dual citizenship ke?

dari segi undang2 tak boleh...tapi ramai yg ada
Quote Samerosie 11-3-2022 03:36 PM
ninja boy replied at 11-3-2022 02:41 PM
Mohon kawasan bakal diserang
tanam ubi merata2 tempat walau bukan kita pakai
Korek telaga

Tu yg setengah peramal future dalam cari ni tak faham.  Kumpul emas bergantang2 pun tak berguna kalau tak de makanan/air cukup.  Letrik pun tak de.  Last2 kena sembelih dengan orang jahat.  Ini baru perang kecil2 dah macam ni, belum lagi wwz.   Kalau perang macam ni baiklah lari dulu as refugee.
Quote Artemesiaa 11-3-2022 04:00 PM
Penduduk negara lain elok ambil iktibar dari kejadian ni
Quote Decaffeinated 11-3-2022 06:00 PM
manakala di tanah air tak perlu kena serang pun ummah dah berebut2 kat supermarket. Try lah offer ayam sekilo singgit ka, silap2 bangla potong ayam tu pun boleh kena tikam.

Quote Decaffeinated 11-3-2022 06:02 PM
ifanonline replied at 11-3-2022 02:44 PM
dah jadi zombieland...fight to survive je ni...sebab tu ramai malaysian ada dual citizenship, mudah  ...

'melayu' pun ada dual citizenship dgn Siam.

Aku kenal sorang yang bila lahir bapak pergi register kat dua2 negara. Sempat jadi cikgu pun.




Quote ilacantik 11-3-2022 06:05 PM
Preppers America tersenyum sinis. Busuk2 pun at least ada makanan utk 6 bulan, ada yg prep untuk 7 tahun(ni biasa christian yg alim, vaksin pun tak). Lepas tu boleh lah hidup macam I am Legend, malam2 jer shield tingkap dan pintu. Bertahan selagi belum kena bom dgn russia.
Quote zorrro_03 11-3-2022 08:13 PM
berita pihak mana ni. russia patut ambil peluang ni utk menunjukkan mereka tidak mensasarkan publik.  berikan kemudahan publik keluar dan bekalkan keperluan asas mereka juga...  
Quote kakikuDibibirmu 11-3-2022 08:32 PM
Nuklear jangan tak nuklear!

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.046661 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top