CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah 10 Tahun Hidup Sendirian- Warga Emas Mati Di Ruang Tamu Rumah, Mayat Dah Membusuk

11-3-2022 10:31 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5586| Komen: 67

SUNGAI PETANI: Punca bau busuk yang mencurigakan dari sebuah rumah di Taman Keladi di sini akhirnya terjawab apabila siasatan polis membawa kepada penemuan mayat seorang warga emas, hari ini.


Mayat lelaki berusia 65 tahun yang tinggal berseorangan ditemukan dalam keadaan terbaring di dalam rumahnya kira-kira pukul 4.52 petang.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, sebaik menerima maklumat berhubung kejadian, pihaknya bersama kakitangan Kementerian Kesihatan bergegas ke rumah tersebut.

Foto: Utusan

“Maklumat awal diperoleh daripada jiran yang memaklumkan telah beberapa hari terhidu bau busuk sebelum melihat melalui tingkap nako mendapati mangsa terbaring di dalam rumah tersebut sebelum bertindak meghubungi polis.


“Mangsa yang bekerja sendiri dipercayai telah meninggal dunia lebih dari 24 jam berdasarkan keadaan mayatnya yang telah berbau dan siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah di rumah berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. 

Kata Adzli lagi, temu bual pihaknya dengan waris mendapati mangsa telah tinggal di rumah itu seorang diri sejak 10 tahun lalu dan merupakan seorang pesakit kencing manis dan darah tinggi.

“Mangsa sering mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan warisnya akan menghubungi mangsa setiap minggu untuk bertanya khabar,” ujarnya.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim di sini untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. –CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote VirusDetected 11-3-2022 10:46 AM
“Mangsa sering mendapat rawatan di klinik kesihatan berhampiran dan warisnya akan menghubungi mangsa setiap minggu untuk bertanya khabar,” ujarnya.


nape x call hari2 @ 2hr skali...cian mangsa meninggal gitu..
Quote musangbodoh 11-3-2022 10:49 AM
takziah....jiran pun ok lh jugak...dh berbau baru tau
Quote dua_chzy 11-3-2022 10:52 AM
@.HannahMontana. buntal boleh ambil iktibar dari kejadian ini. Jangan terlalu gila menyumpah orang sana sini. Nanti sundri mati kejung seorang diri.
Quote ifanonline 11-3-2022 11:05 AM
bau mayat ni memang sangat2 busuk...darah sangat kuat baunya...
Quote .HannahMontana. 11-3-2022 11:23 AM
dua_chzy replied at 11-3-2022 10:52 AM
@.HannahMontana. buntal boleh ambil iktibar dari kejadian ini. Jangan terlalu gila menyumpah orang s ...



Aku xkan mati keseorangan

Ko yang akan mati dulu

Bukan aku.


Quote .HannahMontana. 11-3-2022 11:25 AM
semua yg cucuk vaksin selalu mati rebah

adakala ada org keliling , adakala sorang diri

u never know
Quote dua_chzy 11-3-2022 11:32 AM
.HannahMontana. replied at 11-3-2022 03:23 AM
Aku xkan mati keseorangan

Ko yang akan mati dulu

Jangan la mare Diknah. Kikiki.
Quote darkness 11-3-2022 11:32 AM
Ada kes segini rupa dulu...datang rawatan pastu tanya anak mana? Waris mana..? Katanya dok tmpt lain..anak belikan/sewakan flat suruh mak ni tinggal sana. Pastu bila ada temujanji, hospital call org tua ni spy dtg temujanji dia tp xdijawab jwb. Kalo tak silap, org2 hospital sendiri p tgk2 org tua ni di tempat dia..pastu rupa2nya dah meninggal. Anaknya pula datang kemudian..lupa2 ingat dah peristiwa ni sb berlaku 6 atau 7 taun lepas
Quote monreyes 11-3-2022 11:56 AM
aritu nebor sebelah aku lama gak hilang..tertanya2 juga dah mati kena kobid ke..dia ni anak branak mmg annoying..suka park dpn umah aku..aku suruh hasben tanya kat jiran sebelah sana umah dia..jiran tu ckp x hengen aku ambik tau..berdekah masing2...

Quote .HannahMontana. 11-3-2022 11:58 AM
dua_chzy replied at 11-3-2022 11:32 AM
Jangan la mare Diknah. Kikiki.



Marah tu xde

cuma aku doakan ko bahagia dia sepanjang kehidupan ko .


Quote jijilaaa 11-3-2022 12:02 PM
someone told me sbb i xde anak.. nti dah tua2 xde sapa jaga kau

tp kan....see org ada anak pun still mati sensorang kan...mmg sesuai i tepek berita ni kat muka dia
Quote Artemesiaa 11-3-2022 12:08 PM
Sebab tu kadang penting ada jiran yang baik dan perihatin.  Jadi apa2 cepat mereka boleh alert.  Zaman sekarang ni nak harap ahli keluarga sendiri masing2 sibuk bukanya nak periksa waris setiap hari.  Mula2 duduk asing memang rajin call lama2 makin jarang jadinya.  
Quote annehuda 11-3-2022 12:15 PM
jijilaaa replied at 11-3-2022 12:02 PM
someone told me sbb i xde anak.. nti dah tua2 xde sapa jaga kau

tp kan....see org ada anak pun stil ...

i pernah ckp i tak kisah duduk rumah org tua, tak pun duduk madrasah boleh ngaji takyah dah pening kepala fikir peel anak-anak, sekali tu tersenyap terus org tu.  
Quote MissVixen 11-3-2022 12:20 PM
Ada anak pun meninggal sorang2.
Quote SookJinGOH 11-3-2022 01:13 PM
Makin banyak insiden macam ni......takziah
Quote namr 11-3-2022 02:00 PM
jijilaaa replied at 11-3-2022 12:02 PM
someone told me sbb i xde anak.. nti dah tua2 xde sapa jaga kau

tp kan....see org ada anak pun stil ...

Skrip masing2 dh tertulis kat luh mahfuz sana..mati sorang2 kah mati berteman kah..
Quote dua_chzy 11-3-2022 05:45 PM
Edited by dua_chzy at 11-3-2022 09:55 AM
dua_chzy replied at 11-3-2022 02:52 AM
@.HannahMontana. buntal boleh ambil iktibar dari kejadian ini. Jangan terlalu gila menyumpah orang s ...


@Rockafella

Minah tu balik2 provok aku la. Di CI, di board gosip. Aku tak report kat korang Mod jah. Hapa. Takda aku reply maki balik ka apa yah. Tiba2 pegi potong kredit aku tanpa siasatan, nak berperang ka? Nak aku PM tered2 sheol maki hamun cerca tak habis?

Nah:

https://b.cari.com.my/forum.php? ... bile=2#pid150678086

https://b.cari.com.my/forum.php? ... bile=2#pid150668602

https://b.cari.com.my/forum.php? ... bile=2#pid150661328

Thread sheol dan Stinkngok bermatian mengutuk aku seperti merpati dua sejoli.

https://b.cari.com.my/forum.php? ... page=3&mobile=2

Baru hari ni aku komen sebegini, budak buntal tu dah nangis mengadu kat Mod ka? Idok la hati kering sangat sebenarnya khen.

@ipes2
@Xim

Mohon bincang di group Whatsapp Momod la
sebelum potong kredit sembarang tudung forumer provocation/sarcasm/racist, check dulu.
Quote jas7512 11-3-2022 06:08 PM
Ayoyo...seram pulak..i pun duk srg2 kat pantai timur ni..mujur jiran2 dan kwn2 seofis seme baik baik jadi syg pula nak tinggalkan...huhu..perlu kah i blk johor duk dgn adik beradik.....
Quote ipes2 11-3-2022 07:03 PM
dua_chzy replied at 11-3-2022 05:45 PM
@Rockafella

Minah tu balik2 provok aku la. Di CI, di board gosip. Aku tak report kat korang Mod j ...

terimakasih tagged sy

sy rasa sy SMod utk Semasa (CI bawah semas)
nanti sy tgk2 kan

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.050875 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top