CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bagi Duit Belanja Isteri Pun RM100 Je Sebulan, Ada Hati Nak Kahwin Lain

11-3-2022 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1310| Komen: 3

Jakarta– Seorang lelaki di Indonesia dikecam netizen kerana menggelar isterinya sebagai boros disebabkan wang belanja yang diberikan sebanyak 350,000 rupiah (RM102) sebulan dikatakan tidak mencukupi, lapor laman Berita Hits.


Berdasarkan perkongsian di Facebook, lelaki tersebut berkata, dia berasa hairan kerana wang belanja yang diberikan itu habis dalam masa 25 hari.

“Sebagai suami, saya berasa hairan kenapa dia begitu boros. Apabila ditanya ke mana wang itu dibelanjakan, dia membebel pula,” kata lelaki tersebut.



Tambah lelaki berkenaan, disebabkan marah, isterinya bertindak melakukan mogok dan enggan masak. 


“Sudahlah boros dan kuat marah. Wajarkah kalau saya cari pengganti atau kahwin lain?” soal lelaki tersebut.

Hantaran itu menjadi tular dengan dengan ramai netizen mengecam lelaki berkenaan.

“Beri duit belanja pun 350,000 rupiah, ada hati mahu kahwin lain,” kata seorang netizen.

“Duit belanja 350,000 rupiah hanya cukup untuk seminggu ya,” kata seorang lagi. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 11-3-2022 08:15 AM
Jap, ni isu semasa ke?
Dah la dari seberang.
Quote krustykrab 11-3-2022 09:04 AM
slyfynx replied at 11-3-2022 08:15 AM
Jap, ni isu semasa ke?
Dah la dari seberang.

Tu lah...bosan aku
Dah tu duk pi convert pulak rupiah ke RM..mmg la nmpk sikit
Quote manehnya 11-3-2022 09:43 AM
sehari pun x cukup RM 100

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.046257 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top