Umpama menonton filem King Kong. Demikian gambaran Bec Adamson, 32, yang melihat seekor monyet memanjat tiang dan menangkap burung camar yang sedang terbang di kawasan berhampiran Zoo Chester, England.
Kejadian ngeri itu disaksikannya bersama anak lelakinya yang berusia lima tahun, Dominik ketika mereka keluar bersiar-siar. Menurutnya, burung yang ditangkap monyet itu kemudiannya dihempas berkali-kali pada sisi tiang berkenaan sehingga mati.
"Burung tersebut mati kira-kira lima minit selepas dihempas dengan kuat. Saya melihat monyet tersebut menjilat darah burung yang mengalir di jarinya. "Kemudian monyet itu melepaskan burung yang sudah mati ke tanah dan turun dengan cepat bagi mendapatkan bahagian dalaman bangkai itu," katanya. Sementara itu, Cheshire yang juga ibu Dominik menyatakan kebimbangan kerana dia mungkin membesarkan anak yang mempunyai gangguan mental (psychopath). Ujarnya, ia berikutan Dominik tidak memberi tindak balas takut atau gerun selepas melihat kejadian ngeri berkenaan. "Perkara itu sepatutnya menggerunkan dia. Kalau saya seumurnya, saya akan berasa sangat takut, sebab itu saya merasakan saya membersarkan psychopath," ujarnya sambil menambah seolah-olah menyaksikan filem King Kong secara langsung. -CARI Sumber: mStar/ Metro
|
darkness replied at 11-3-2022 08:45 AM
Awalnya ko buat assumsation makcik...tp mungkin ko dah lama perhati anak ko. Baik p amik rawatan
Buritan replied at 11-3-2022 11:17 AM
Ape rawatan kalo psikopath ni.. mkn ubat je ke the whole life
darkness replied at 11-3-2022 11:26 AM
Ntah uols. Tp ada jmp dkt youtube dulu2, mmg jumpa dokter saiketri. Ada yg berjaya pulih dan ada y ...
jijilaaa replied at 11-3-2022 12:20 PM
seram eh...cane monyet leh jilat darah...monyet omnivor ke?
ellejo replied at 11-3-2022 11:24 PM
takde kene mengena tapi takde tempat nak meluah
aku meluat dgn parenting tips zaman sekarang. ...
angelofish replied at 11-3-2022 11:06 PM
mak nya kalau tak nak anak psychopath caranya senang.jangan duduk kelantan dengan terenganu
ADVERTISEMENT