Seorang artis Britain melukis potret Vladimir Putin menggunakan tahi anjing sebagai tanda protes Presiden Rusia itu.
Tindakannya itu juga dikatakan untuk mengumpul dana bagi membantu mangsa perang di Ukraine. Dominic Murphy dari Welwyn Garden City, Hertfordshire, England mencipta karya itu dengan bantuan anjingnya Sybil dan menamakannya 'Poo-tin's a S**t'. Dominic yang terkenal dengan lukisan watak Alice in Wonderland menyatakan, karya baharunya itu adalah hasil daripada konflik Ukraine-Rusia.
"Saya tidak mahu berselindung lagi, apa yang dilakukan ini adalah untuk menghina tindakan Putin di samping mengumpul dana untuk warga Ukraine. "Lukisan ini adalah campuran najis anjing saya dengan lumpur. Ia kemudian divarnis sebanyak 30 kali bagi mengelakkan orang ramai menghidu bau busuk. "Saya sangat gembira melakukannya kerana boleh menghina Putin sambil mengumpul wang untuk rakyat Ukraine," ujarnya. Dominic mendakwa karya peliknya itu mendapat sambutan ramai yang mana cetakan pertama dijual pada harga £150 (RM823.33). Cetakan seterusnya boleh dibeli di laman webnya atau di gerainya di Pasar Hatfield dengan harga £40 (RM219.55). Sehingga kini, dia berjaya mengumpulkan £500 (RM2,744.42). -CARI Sumber: mStar/ Star daily
|
shi_jewel replied at 11-3-2022 09:01 AM
sanggup ko melukis dgn tahi anjing....dipandang sinis oleh putin je tingkahmu.
tidak memberi kesan ...
shi_jewel replied at 11-3-2022 09:01 AM
sanggup ko melukis dgn tahi anjing....dipandang sinis oleh putin je tingkahmu.
tidak memberi kesan ...
ADVERTISEMENT