CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saumi Isteri Maut Dalam Bilik Air Sebab Renjatan Eletrik

11-3-2022 07:50 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1666| Komen: 3

Cameron Highlands: Sepasang suami isteri ditemui mati dipercayai akibat terkena renjatan arus elektrik di dalam bilik air di sebuah flat di Taman Puncak Tringkap, Brinchang di sini, pagi semalam.


Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 9.45 pagi, dan sebaik tiba di lokasi kejadian menemui kedua-dua mangsa yang terbaring di bilik air di tingkat dua, rumah jenis pangsapuri lima tingkat berkenaan.

"Sampai di tempat kejadian, kami mendapati masih ada arus elektrik di sekitar bilik air dan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB), dipanggil untuk membantu mematikan arus elektrik rumah.

"Siasatan awal menemui kesan terbakar di tapak tangan isteri, 35, dipercayai terkena arus elektrik ketika cuba membantu suaminya, 46, yang sedang mandi menggunakan pemanas air ketika kejadian berlaku," katanya kepada Bernama.

Foto: JBPM


Beliau berkata, menurut saksi, iaitu anak perempuan mangsa, 10, ketika kejadian ibunya sebelum itu meminta pertolongan dari bilik air supaya mengambil kayu yang dipercayai untuk digunakan sebagai penebat arus elektrik, bagi membantu bapanya yang terkena renjatan pada masa itu.

Ramli berkata, siasatan lanjut mendapati kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan usia dua hingga 10 tahun.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom Tanah Rata untuk bedah siasat, manakala ketiga-tiga anak pasangan itu diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan urusan kebajikan anak-anak mangsa," katanya dan menambah tiada unsur jenayah yang berlaku dan siasatan lanjut masih diteruskan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cutieslilies 11-3-2022 08:01 AM
allahhh..siannya...anak2 nya kecik2 lagi...
Quote slyfynx 11-3-2022 08:14 AM
[Tempatan] Suami isteri mati terkena renjatan elektrik di bilik air di Cameron Highlands

@R2D2 Dah bukak pun thread ni smlm wahai Wartawan CARI. Buat keje cepat sikit pasni.

And BTW, tajuk salah eja Suami jadi Saumi
Quote manehnya 11-3-2022 09:44 AM
kedua-dua mangsa berasal dari Sarawak dan bekerja sebagai buruh kebun, selain mempunyai tiga orang anak iaitu dua orang lelaki dan seorang perempuan dengan lingkungan usia dua hingga 10 tahun.


allah... siannya budak3 tu jd yatim piatu... dh la jauh dr kampung n support sistem...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.125308 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top