CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Bapa Tak Tahu Anak Hamil- Gadis OKU Beranak Dalam Tandas, Kepala Bayi Dah Nak Termasuk Lubang

11-3-2022 07:43 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4800| Komen: 67

PASIR PUTEH: Seorang gadis orang kurang upaya (OKU) yang disyaki menjadi mangsa dirogol  melahirkan bayi lelaki dalam tandas rumahnya di Kampung Cherang Ruku, di sini, Selasa lalu.


Mangsa merupakan OKU masalah pertuturan berusia 18 tahun disedari melahirkan bayi oleh ibunya yang berusia 36 tahun, kira-kira pukul 10.40 malam.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, ibu saudara mangsa membuat laporan di Balai Polis Cherang Ruku, mewakili ibu dan bapa gadis itu yang sedang menjalani kuarantin kerana disahkan positif Covid-19.


Gambar Hiasan

“Ibu mangsa memberitahu dia tidak mengetahui anak sulungnya itu hamil kerana tiada perubahan fizikal yang ketara kecuali sedikit berisi, malah mangsa tidak pernah mengadu sebarang masalah.

“Gadis itu disedari melahirkan bayi lelaki dengan kepala anaknya itu berada di dalam lubang tandas dan sempat diselamatkan oleh ibu mangsa yang melihat kejadian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Muhamad Zaki berkata, bapa mangsa kemudian membawa bayi berkenaan ke Klinik Kesihatan Cherang Ruku untuk rawatan lanjut.

Katanya, ibunya memaklumkan mangsa sebelum ini tidak pernah keluar rumah melainkan ditemani bapanya.

“Namun pada Mei tahun lalu, mangsa ditinggalkan bersama adik beradiknya di dalam rumah kerana ibu dan bapanya keluar untuk menerima bantuan zakat di masjid.

“Semasa pulang ke rumah, ibunya hairan mendapati mangsa berada di luar rumah dengan pintu terbuka, sedangkan gadis itu tidak pandai membuka pintu sendiri. Mangsa mungkin dirogol ketika kejadian itu.

“Polis sedang membuat siasatan lanjut dan setakat ini kita belum mengenal pasti suspek kerana mangsa seorang OKU yang mempunyai masalah pertuturan,” katanya.

Gadis itu dan bayinya dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian dan kedua-duanya dilaporkan stabil manakala siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 11-3-2022 07:49 AM
So sad... Entah dia faham ke idok kejadian rogol tu. Tapi umur dah 18 tahun takkan takde langsung sex education?
Quote balakkampung 11-3-2022 08:07 AM
memang tak der hati perut la sapa yg rogol tu...
Quote Normabaru 11-3-2022 08:38 AM
Sial sgt Siapa yg rogol dia...mesti keje org terdekat since budak tu ckp pon xpandai
Quote darkness 11-3-2022 08:43 AM
Ya Allah..siannya..jangan je bapaknya sudah
Quote krustykrab 11-3-2022 09:02 AM
Alahai adik beradik pun tak blh harap nak jaga.. Mintak tlg tgk kejap pun tak boleh diharap, belum lagi parents meninggal, lagi kesian adik ni.
Quote yebit157 11-3-2022 09:29 AM
kesiannya. kemungkinan orang yang dekat sebab macam tau je budak ni ada masalah pertuturan.
Quote kikuri 11-3-2022 09:30 AM
kesiannya.. nak mengadu tak reti nak bagitahu...
Quote Rapz 11-3-2022 09:35 AM
Kesian nya bdk oku nie mentang2 la ada masalah pertuturan senang2 je amik kesempatan.....
Quote ifanonline 11-3-2022 09:40 AM
wanita cacat dah tak selamat di malaysia...
Quote manehnya 11-3-2022 09:44 AM
buat DNA test!!!

msti ahli dlm rumah!
Quote manehnya 11-3-2022 09:46 AM
darkness replied at 11-3-2022 08:43 AM
Ya Allah..siannya..jangan je bapaknya sudah

hmm... berita mcm ni buat aku murung dan ketakutan menghadapi hidup
Katanya, ibunya memaklumkan mangsa sebelum ini tidak pernah keluar rumah melainkan ditemani bapanya.


Quote toynme 11-3-2022 10:00 AM
bila baca pasir puteh je aku dah mcm hmmmmmm......okay

semoga ada balasan cash dekat perogol tu...bugima punya org
Quote chandrahusin 11-3-2022 10:03 AM
kesian betul kat bdk ni
pnh dgr cerita psl org2 kelainan upaya ni
idup diorg mcm kita juga
ada kes rogol/cabul/curi sesama sndr bagai
cuma jarang2 di hi lite
dlm kes ni mesti org terdekat rasanya
Quote prettyuglybabe 11-3-2022 10:05 AM
i pun rasa orang terdekat..
lahanat punya jantan..
Quote pittjie 11-3-2022 10:06 AM
dlm cerita ni cakap ... mangsa ada masalah pertuturan je. maknanya dia bisu kan. atau lebih kurang. sepatutnya tau je benda2 salah macam ni. i mean boleh je dia mengadu guna bahasa isyarat. ke mak bapak tak penah hantar dia gi sekolah. unless kalau oku lembam .. mungkin tak reti benda2 macam ni kan.
Quote darkness 11-3-2022 10:16 AM
manehnya replied at 11-3-2022 09:46 AM
hmm... berita mcm ni buat aku murung dan ketakutan menghadapi hidup

Tu yg aku cuba nak cakap....
Quote mejaputih 11-3-2022 10:20 AM
pittjie replied at 11-3-2022 10:06 AM
dlm cerita ni cakap ... mangsa ada masalah pertuturan je. maknanya dia bisu kan. atau lebih kurang.  ...

Rasanya mcm ala2 lembam juga ni sbb buka pintu rumah sendiri pun tak reti.
Quote Suchi 11-3-2022 10:29 AM
Sedih memandangkan iols pun ada anak yg lebih kurang gini kemana pergi mmg dgn iols je. Kalau g mana2 dia duk je sebelah iols mcm byg2. Beza ngn adik dia jumpa sepupu terus lupa dah mak ni kita plak duk risau ngan dia. Maklumla tak biasa anak jauh dr sisi sbb si kakak tu mmg duk diam je sebelah iols kecuali time g sekolah n tidur.
Menda2 camni mmg merisau kan tp anak iols tu mcm paham gak bab sex education ni aritu dia tgk bideo bts cite aaron aziz tu dia kata eh lelaki mana boleh bercinta dgn lelaki. Itu gay. Terkejut gak iols rasa tak penah cite kat dia pasal gay.
Quote pittjie 11-3-2022 10:49 AM
mejaputih replied at 11-3-2022 10:20 AM
Rasanya mcm ala2 lembam juga ni sbb buka pintu rumah sendiri pun tak reti.

most likely la kan. biasanya oku lembam mmg tak berapa pandai dlm pertuturan. tapi berita ni buat iols murung laaa. i is sedih. setan la sapa yang buat. harap dpt dicari jgk pelakunya.

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:13 PM GMT+8 , Processed in 0.121407 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top