CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sebulan Solat Istikharah Cari Jawapan Untuk Sambung Mengaji Di Mesir

10-3-2022 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2481| Komen: 25

Memasuki tahun terakhir pengajian di Universiti Al-Azhar, sudah pasti banyak kenangan suka dan duka sudah dilalui pelajar ini.



Menurut Abdul Mujib Othman, 23, dari Alor Gajah, Melaka, perjalanannya untuk menuntut ilmu di Mesir tidaklah semudah yang disangka, malah cukup berat untuk diceritakan semula.

Imbas penuntut bidang Usuluddin (Akidah dan Falsafah) itu, dia nyaris melupakan impian untuk ke Al-Azhar kerana kekangan kewangan yang dihadapi keluarganya.

"Saya sebenarnya tak pernah ada impian untuk ke Al-Azhar. Tapi selepas ambil Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) pada 2017 dan dapat keputusan yang baik, baru saya terdetik untuk belajar di sana.


"Ayah saya berniaga madu dan ubat-ubatan dengan gaji sekitar RM1,500 ke RM2,000 sebulan dengan tanggungan kami 11 beradik. Pada waktu itu, tiada pinjaman mahupun biasiswa ditawarkan. Saya nak ke Mesir tapi tiada duit," ujarnya yang senang disapa Mujib.



Menurut anak keenam itu, dia melakukan solat sunat Istikharah selama sebulan untuk mencari jawapan terhadap kebuntuan yang dialami berhubung hasrat menyambung pengajian ke Mesir.

Sepanjang tempoh itu, Mujib turut didatangi mimpi sama sebanyak empat kali, seolah-olah memberi bayangan terhadap hasrat yang diidam-idamkan olehnya.



"Dalam mimpi itu, saya berada di Mesir, tapi saya belum nampak jalan untuk ke sana. Saya jadi makin pelik," ujarnya lagi.

Imbas Mujib, dia bersyukur apabila Allah akhirnya menghadirkan pertolongan pada hari terakhir sebelum pengesahan pendaftaran masuk ke Al-Azhar ditutup, sekali gus mengubah impiannya menjadi realiti.

"Saya masih ingat, masa tu borang permohonan untuk ke Mesir tinggal lagi sehari untuk ditutup. Kalau nak hantar borang permohonan sekali dengan tiket dan ejen, ia semua makan kos dalam RM4,000. Saya kata dalam hati, duit tak ada.

"Pada hari terakhir pengesahan permohonan itu, saya pergi solat Subuh di masjid. Selepas solat, ada seorang pakcik sapa saya dari belakang. Dia kata, pakcik dengar kamu nak belajar luar negara. Masa tu bulu roma saya meremang.

"Dia tanya sekiranya saya ada masalah. Saya kata memang ada masalah kewangan. Kemudian pakcik tu keluarkan sampul dari kocek dan beri kepada saya. Saya balik ke rumah, saya buka, ada RM4,000 di dalamnya. Saya jadi sebak kalau ingat balik.

"Sepanjang hidup saya, baru dua kali saya jumpa pakcik tu. Dia bukan orang kampung saya. Dia tinggal di tempat lain, cuma dia pulang ke kampung ketika raya ataupun ketika ada majlis," imbasnya lagi.



Kata Mujib, dia tidak akan melupakan peristiwa itu yang mana ia menjadi pendorong untuknya menuntut ilmu dan menjadi insan berguna buat masyarakat, agama dan negara.

Kini, Mujib juga melakukan dakwah dengan cara tersendiri dengan penghasilan podcast (rakaman audio digital) serta video-video bacaan al-Quran menerusi TikTok.

"Saya dapat kesedaran untuk berdakwah sejak datang ke Mesir. Setakat ini, podcast saya dikongsi menerusi Instagram dan laman muzik Soundcloud. Di TikTok pula, saya buat video bacaan al-Quran.

"Suatu masa lalu, mungkin peluang berdakwah hanya di atas mimbar, dalam masjid mahupun dalam majlis ceramah. Tapi dengan adanya media sosial, dakwah juga boleh dilakukan menerusi Instagram, TikTok, Instagram dan sebagainya.

"Rugi kalau kita tak manfaatkan peluang yang ada. Ini satu perkara yang baik," ujarnya yang bercita-cita untuk bergelar pensyarah suatu hari nanti.



Akhir kata, Mujib turut berharap agar usaha murninya dalam menyampaikan dakwah dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana.

Malah, dia juga berazam untuk mempelbagaikan kandungan dakwah menerusi podcast, TikTok mahupun video YouTube pada masa akan datang.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 10-3-2022 05:14 PM
Helokkkk....harapnya tidaklah ada yang 'leak' ye dik....mana tahu cabaran untuk menampung belanja...ter'leak' pulak sekeping dua.. ehhh!
Quote ninja9 10-3-2022 05:15 PM
Wow hebat..  memang sesuatu, tp tepat RM4,000.00 dah tunjuk tak perkara spt ini tak ada kemewahan
Quote Dwdrum 10-3-2022 05:19 PM
Bagus lah dik mahu ber dakwah bawa ke amanan jangan jadi brutal ganas seperti lobai zorro
Quote wirazam 10-3-2022 10:52 PM
Boleh join pu Pu nanti
Quote mbhcsf 10-3-2022 11:03 PM
Belajarlah elok elok Falsafah and Usuluddin ye kat Azhar tu dan semoga dapat lagi meningkatkan ilmu dalam islamic worldview .
Quote star_karat 10-3-2022 11:06 PM
Ada kawan nak kerja sini sana dia tanya ok tak? Nak solat istikharah lah. Dah tu kerja. Tak lama kerja kecoh pulak. Sama ada kena buang atau dia sendiri berenti. Tak mampan kot solat dia. Atau mau sebulan buat. Tak makan lah. Takda kerja lagi kan.
Quote _kelly 10-3-2022 11:08 PM
semoga dapag jadi pensyarah kanan yang dihormati satu hari nanti
Quote .HannahMontana. 11-3-2022 12:05 AM
tengok muka mcm gila glamour

cahaya keimanan tu xde sangat pun

spesis gila glamour mcm ini  elok pergi belajar di Paris saja

nampak mcm suka cinta cintun saja nak tarik perhatian awex hijabstailistar

dajjei eja hijabstailistar pun aku xberapa reti

kahkahkahakhakahkah

Bongok laaaaaaaaaaaaaaa
Quote .HannahMontana. 11-3-2022 12:08 AM
Kalau temuduga jenis budak lelaki mcm ini selalu aku tanya soalan maut sahaja

aku suruh bancuh kopi

bagi soalan provokasi

nilaikan dia mcm mana

dalam 20 org seorang sahaja yg berjaya

sekarang tengah ligat mendunia di Perancis dengan gaji berkepuk

memang rare orang nya

Quote .HannahMontana. 11-3-2022 12:09 AM
oleh sebab ko nak smabung belajar jadi aku gagahkan diri aku ucapkan tahniah kepada ko

niat kerana Allah


betulkan niat

kalau ko ikhlas dan baik aku doakan ko berjaya

sekiranya ko bakal jadi jahat dan pelik pelik aku doakan ko gagal dan pulanglah ke rumah ko saja.
Quote Minami2013 11-3-2022 12:12 AM
Sepupu i belajar kat mesir blk sini jadi guru kafa.
Quote Adrif 11-3-2022 01:20 AM
.HannahMontana. replied at 11-3-2022 12:08 AM
Kalau temuduga jenis budak lelaki mcm ini selalu aku tanya soalan maut sahaja

aku suruh bancuh kopi ...

nak interview kaka Hannah

nak juga gaji keropok-keropok

tapi I tak minum kopi, hatta tak reti bancuh kopi
I allergic cafeine, 3 in 1 boley dak
Quote lasagna 11-3-2022 09:12 AM
masyaAllah.. sebulan ya dia buat solat istikharah..
Quote tripleid 11-3-2022 09:50 AM
Edited by tripleid at 11-3-2022 09:57 AM

yg betul2 habis belajar complete grad agama kat oversea camni takde pulak jadi pdakwah femes mcm PU2 fake gila glamour sekor2 nk jadi artis  tu..

nmpak sgt ada something wrong somewhere dgn our society..
Quote damsel_fiji 11-3-2022 10:01 AM
Moga berjaya dunia akhirat
Quote BeskotCekelat 11-3-2022 10:56 AM
Okla rezeki dia ada orang sponsor belajar oversea, lepas tu pandai cari duit sendiri nak tanggung belanja kat sana.

Takdela macam kes sebelum ni, family takde duit sangat, biasasiswa pun tak dapat, gigih sangat nak belajar kat sana, hujung2 tak cukup duit nak bayar yuran, merayu bantuan raykat Malaysia untuk tanggung pengajian dia kat sana.
Quote Samerosie 11-3-2022 11:16 AM
Siapa dia ni?
Quote darkness 11-3-2022 11:21 AM
tripleid replied at 11-3-2022 09:50 AM
yg betul2 habis belajar complete grad agama kat oversea camni takde pulak jadi pdakwah femes mcm PU2 ...


Ustad pu riz ke? yg bukan sikit punya salahkan bini bila dapat laki tak guna bukan nasehatkan laki, salahkan bini pula
Quote .HannahMontana. 11-3-2022 11:29 AM
Minami2013 replied at 11-3-2022 12:12 AM
Sepupu i belajar kat mesir blk sini jadi guru kafa.

nampak sgt cousin ko xde dapat kerja lain

JEQAF dapat juga rm3000+//KAFA CAPRUT ADA GRED a,b,c   GRED A RM900  GRED B RM750  GRED C RM650



Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.085793 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top