Syarikat pengeluar makanan sejuk beku (frozen) sotong menangkis dakwaan khabar angin mengatakan produknya diperbuat daripada dubur babi seperti tular baru-baru ini.
Malah, Ketua Pegawai Eksekutif Shen Hua Resources, Rodney Soon menegaskan akan mengambil tindakan mahkamah terhadap warganet yang menyebarkan dakwaan tidak berasas itu. Berkata mengenai perkara itu, pihaknya mendapati dua netizen menyebarkan khabar angin berkenaan di Facebook untuk memburuk-burukkan produk cincin sotong keluaran syarikat induk mereka, Dayou Group di China.
"Netizen terbabit mendakwa, cincin sotong tersebut tidak halal kerana diperbuat daripada dubur babi," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu. Rodney berkata khabar angin itu menimbulkan panik di kalangan orang ramai dan merosakkan imej serta menjejaskan jualan produk mereka sehingga menyebabkan syarikat mengalami kerugian besar. Turut hadir pada sidang media itu ialah Ketua Wakil Perkhidmatan Pensijilan Halal Shandong di Malaysia, Abd Aziz Jamaluddin; Pengarah Shen Hua Resources, Koh Sing Yee dan Pengurus Khir Beng Tecj & Son Fisheries Sdn Bhd, Alicia Khor. Difahamkan, Rodney dan Alicia juga membuat laporan polis berhubung fitnah yang dilemparkan terhadap produk keluaran syarikat mereka. Dia menggesa pihak polis dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia supaya menyiasat dan membersihkan nama syarikat itu di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan membuat pendakwaan kerana memfitnah. Selain itu, Rodney berkata pihaknya juga akan menyaman individu yang menyebarkan khabar angin itu selepas berbincang dengan peguam. Rodney juga menjelaskan mereka juga akan melaporkan kepada Biro Pengaduan Awam Pejabat Perdana Menteri berhubung perkara itu. Dalam sidang media itu dia turut menunjukkan kepada media proses penghasilan cincin sotong berkenaan dan sijil halal yang diperoleh untuk produk berkenaan. Beliau turut menzahirkan rasa kesal terhadap siasatan Jakim dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berikutan tiada laporan dikeluarkan walaupun sampel telah diambil di beberapa negeri termasuk Kedah dan Selangor. Dalam pada itu, berdasarkan dokumen pensijilan halal yang diberikan, cincin sotong itu disahkan oleh Shandong Halal Certification Services Sdn Bhd (SHC), yang dilantik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sebagai badan pensijilan halal asing di China. Bercakap pada sidang akhbar itu, Aziz mempertahankan cincin sotong berkenaan dan mengatakan cara terbaik untuk menyelesaikan isu itu ialah dengan menghantar produk berkenaan untuk menjalani ujian makmal. "Untuk menyelesaikan masalah ini, ia semudah mengambil semua cincin sotong yang diimport ke dalam bekas dan menghantarnya untuk ujian," katanya. Rodney berkata mereka bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa dan menyediakan maklumat mengenai produk tersebut. Sumber: Malaysiakini |
annehuda replied at 10-3-2022 04:38 PM
ler sotong ni import dr china ke? tp sejak ada sotong ni skrang ni kedai tomyam dah tak letak sotong ...
nuralisa replied at 10-3-2022 04:40 PM
sijil halal pun dr Jabatan Islamic kat China tu ..mmg dr China la product nie..
annehuda replied at 10-3-2022 04:38 PM
ler sotong ni import dr china ke? tp sejak ada sotong ni skrang ni kedai tomyam dah tak letak sotong ...
kakikuDibibirmu replied at 10-3-2022 05:45 PM
ADVERTISEMENT