CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Salah Rusia Kalau Berlaku Perang Biologi'

10-3-2022 04:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1247| Komen: 6

Amerika Syarikat (AS) mengaku bekerjasama dengan Ukraine bagi menghalang tentera Rusia menceroboh dan merampas bahan penyelidikan biologi.


Jabatan Negara juga menyatakan kebimbangan sekiranya tentera Rusia cuba mendapatkan kawalan kemudahan penyelidikan biologi di Ukraine.


Keterangan mengenai Biolabs oleh Kedutaan AS di Ukraine.-AGENSI

Semalam, Timbalan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Politik AS, Vicoria Nuland memberi keterangan semasa perbicaaran Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengenai Ukraine di Washington.

Jawatankuasa itu ditetapkan bagi mengkaji pencerobohan Rusia terhadap Ukraine dan tindak balas dari seluruh dunia.


Berikutan maklum balas itu, Senator AS, Marco Rubio menambah terdapat laporan ‘propaganda Rusia’ yang mendakwa penemuan plot oleh Ukraine untuk melepaskan senjata biologi yang diselaraskan oleh NATO.

Ditanya sama ada serangan senjata biologi atau kimia akan berlaku di Ukraine yang didalangi oleh Rusia, Rubio tidak menolak dakwaan itu.


Kredit foto: NDTV

“Saya yakin kerana ia adalah teknik klasik Rusia untuk menyalahkan lelaki lain atas apa yang mereka rancang untuk lakukan sendiri,” katanya.

Terdahulu, Kerajaan Rusia mendakwa makmal biologi Biolabs yang dibiayai oleh AS sedang membangunkan senjata biologi di Ukraine.

Kedutaan AS di Ukraine menyatakan pihaknya membiayai program penyelidikan di Ukraine bagi membangunkan ‘patogen paling berbahaya di dunia’.

Ahad lalu, Kementerian Pertahanan Rusia menemukan bukti Biolabs memusnahkan sampel patogen berbahaya dengan segera apabila ‘operasi ketenteraan’ bermula.

Ia berlaku dua hari selepas Rusia mendakwa Ukraine membina senjata nuklear daripada bom kotor berasaskan plutonium.

Kementerian Luar Moscow memuat naik ciapan Twitter mengenai penemuan bukti Kyiv berusaha menghapuskan jejak program biologi ketenteraan di Ukraine yang dibiayai oleh Pentagon.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-3-2022 04:35 PM
Virus Wuhan tersenyum sinis
Quote Dwdrum 10-3-2022 04:37 PM
Bagus lah hapus kan samples dari dapat kepada manusia gila
Quote Artemesiaa 10-3-2022 04:45 PM
Biasa ler bila dah kantoi mula beralasan
Quote Dwdrum 10-3-2022 04:47 PM
Bukan issue kantoi pun ber sepah US fund untuk research... Even di china... Ramai buat ter kejut surprised konon or memang tidak tahu...
Quote Orix 10-3-2022 04:52 PM
iols tak hairan. memang dari dulu sejak azali manusia berperang. somehow, ayat Tuhan dalam al-Quran pasal aku tak mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu yg mengubah nasib mereka memang clearly talk about kaum (berpuak-puak), never ever manusia akan bersatu sedangkan Tuhan sendiri mention tentang puak-puak. So bila dah berpuak, memang akan terjadilah perang.
Quote Adrif 11-3-2022 01:09 AM
pemimpin-pemimpin dunia be like..

ohno.jpg

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.383239 second(s), 39 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top