CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Seminggu Lampu Check Engine Menyala, Wanita Bengang Rupanya Terbeli Kereta Bekas Kemalangan

10-3-2022 04:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4572| Komen: 40

PETALING JAYA – Setiap individu pasti akan berasa marah dan sedih apabila ditipu oleh orang lain temasuklah dalam urusan jual beli kereta.

Seperti yang terjadi pada seorang pengguna, Nur Shakira, meluahkan rasa kecewa apabila mendapati kereta yang baru sahaja dibelinya merupakan kenderaan bekas kemalangan.

Menerusi perkongsiannya di media sosial, dia pada awalnya tidak menyedari tentang perkara itu, namun selepas seminggu menggunakan kereta tersebut secara tiba-tiba lampu ‘check engine’ menyala.

Dia kemudiannya berasa hairan dan terus membawa keretanya ke pusat servis syarikat berkenaan untuk diperiksa.



“Saya beli kereta menerusi ejen di Gua Musang, seminggu selepas saya terima kereta, naik lampu ‘check engine’ dan saya merasa pelik kenapa lampu boleh naik sedangkan kereta baru.

“Lepas itu, saya pergi ke pusat servis di Kota Bharu untuk buat pemeriksaan lanjut,” katanya.

Hasil daripada pemeriksaan yang dilakukan, pekerja di pusat servis memaklumkan terdapat beberapa komponen pada kereta mengalami kerosakan temasuklah kelihatan wayar penyambung yang telah putus mengakibatkan lampu tersebut menyala.

Dalam pada itu, pihak penjual juga tampil menceritakan perkara sebenar yang terjadi sebelum kereta tersebut diserahkan kepada pemilik.

Sementara itu, Shakira turut berkongsi tangkap layar perbualannya dengan penjual yang memaklumkan keretanya itu telah dibawa keluar oleh seorang pekerja untuk membeli rokok dan berlaku kemalangan sebelum diberikan kepadanya.

Sehubungan itu, rata-rata orang ramai meminta agar wanita tersebut membawa kes itu ke mahkamah sekiranya mempunyai bukti yang kukuh.

“Kes macam ini memang banyak, cuma ramai yang tak perasan, peniaga tipu pembeli kata barang baru, rupanya bekas kemalangan atau sebagainya, bawa kes ni ke mahkamah puan, bawa semua bukti dan tuntut keadilan,” komen seorang pengguna.

“Lawan kes ini sampai menang kak, semoga dipermudahkan, kereta bukan murah,” ujar Fizz Ejam. – CARI

Sumber: Kosmo Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 10-3-2022 04:04 PM
Bekas banjir tersenyum sinis
Quote zarul427 10-3-2022 04:06 PM

nasib nasib
apa nk bt
Quote saviour_09 10-3-2022 04:20 PM
celaka nya perangai lenjan kereta customer dah eksiden ko senyap2 je

Quote cheezel 10-3-2022 04:34 PM
Teruknya perangai
Quote Artemesiaa 10-3-2022 04:48 PM
Banyak je kes macam ni tapi ramai tak tahu.  
Quote harkktuih 10-3-2022 04:51 PM
kadang x paham yg dok beli kete, dok negeri lain, tp beli kete dr showroom negeri lain..pastu mintak SA yg hantar smp dpn pintu rumah..mcm xde showroom dkt2 rmh dia jer..
Quote _blackbird 10-3-2022 05:06 PM
setau i kan, sebenarnya tak boleh salesman yg delivery kereta baru by salesman driving sendiri terus ke rumah. pembeli mesti ambil kat showroom / premis dia tempah tu. sebab nak elakkan benda2 kemalangan mcm ni lah.
Quote prettyuglybabe 10-3-2022 05:28 PM
salesman proton memang perangai gini ke?
last time ada sekali jugak kan..
customer kat jb tapi salesman dia bawak round sampai ganu ke mana pastu accident kat segamat tapi tak bagitau customer..
customer dok tunggu kereta sampai salesman cakap on the way manjang..
Quote Firenzza 10-3-2022 06:01 PM
Aritu mcm ada kes agen bwk kereta customer meround 1 malaya...endup eksiden
Quote midori_katana 10-3-2022 06:27 PM
_blackbird replied at 10-3-2022 05:06 PM
setau i kan, sebenarnya tak boleh salesman yg delivery kereta baru by salesman driving sendiri terus ...

I tengok yg hantar kereta kat prlanggan dia tak drive keta tu. Dia hantar pakai lori, macam org hantar perabot rumah.
Quote _blackbird 10-3-2022 06:50 PM
midori_katana replied at 10-3-2022 06:27 PM
I tengok yg hantar kereta kat prlanggan dia tak drive keta tu. Dia hantar pakai lori, macam org ha ...

yg transport guna trailer / lori ok. maksud i yg salesman drive sendiri hantar ke rumah customer. baca dari whatsapp chat tu mcm salesman drive kereta tu hantar ke ipoh, otw singgah 7e beli rokok. ni kalau baca dari WA chat tu la
Quote Supersirap 11-3-2022 01:03 AM
Semoga mendapat pembelaan yang sewajarnya
Quote ultra78 11-3-2022 06:59 AM
Serabutnya english dlm screenshot tu, tulis dalam bahasa melayu aje la. Skrg mmg sales agent hantar kereta ke? Zaman dulu aku yang ambil kereta di tempat beli.
Quote mikasa 11-3-2022 08:48 AM
Ramai je ejen yang drive sendiri. Konon door to door service. Biasa bila stock kat daerah/negeri diorg takda. Jadi ambil je laa mana ada stock.


Aku beli kereta pun saleman hantar umah dulu.
Quote Simunggu 11-3-2022 08:54 AM
bekas banjir barangkali...kalau setakat reverse terlanggar tidak akan keluar check engine light...bodoh betul
Quote shi_jewel 11-3-2022 08:58 AM
takut periuk nasi sendiri tapi menjahanamkan harta benda orang tanpa disengaja.

this one is more teruk than babi.
Quote venom1 11-3-2022 09:01 AM
sekarang trend beli kereta tak tengok kereta, order online macam Shopee
Quote pearl.silver 11-3-2022 09:05 AM
I nk cari moto sekenhen.. tp org kata jgn.. memandangkn tempat i baru dilanda banjir besar tahun lepas..

Nk bli kereta seken pun dah susah skang ni
Quote Nurul8001 11-3-2022 09:09 AM
Edited by Nurul8001 at 11-3-2022 09:35 AM
harkktuih replied at 10-3-2022 04:51 PM
kadang x paham yg dok beli kete, dok negeri lain, tp beli kete dr showroom negeri lain..pastu mintak ...


Kannnn. Kereta X70 katanya. Harga berdengung. Saya beli axia je pun, gigih pergi Perodua. Walaupun, kat ejen kedai2 bukan Perodua harga murah sikit, takpelah rugi sikit dari nak tanggung rugi mcm ni.

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.371905 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top