KUALA LUMPUR – Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks) bukanlah satu nama asing buat rakyat Malaysia terutamanya dikalangan usahawan kerana ia merupakan sebuah syarikat penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan. Syarikat milik penceramah motivasi Datuk Wira Dr Azizan Osman yang ditubuhkan pada 2008 ini telah banyak melahirkan usahawan yang berjaya melalui program-program yang dianjur. Terbaru, seramai 1,885 usahawan bimbingan Richworks International Sdn. Bhd. (RichWorks) berjaya mencatat jualan terkumpul sebanyak RM3.7 bilion sepanjang tahun lalu, lapor Kosmo.
Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd. berkata, sebagai menghargai pencapaian luar biasa itu, RichWorks meraikan 184 usahawan membabitkan 141 perniagaan menerusi program Titanium Gala Awards di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), semalam. “Sebanyak RM3.21 bilion jualan dihasilkan oleh usahawan yang dibimbing melalui program eksklusif Titanium manakala usahawan menerusi program Spire dan Elite-X masing-masing merekodkan jualan RM449 juta dan RM46.9 juta. “Jumlah tersebut secara tidak langsung menunjukkan peningkatan berbanding tahun 2020 sebanyak 41 peratus atau RM2.27 bilion. “Kesemua jualan Titanium pada tahun 2021 itu juga membabitkan 312 usahawan daripada 268 perniagaan. Berbanding tahun lalu, sebanyak 85 peratus atau 227 perniagaan berjaya merekodkan peningkatan jualan,” katanya. Tambah beliau, pencapaian itu sangat membanggakan apabila seramai 77 usahawan Titanium berjaya menghasilkan jualan lebih RM10 juta, lima usahawan jualan (RM50 juta) dan lima usahawan jualan lebih RM100 juta. Sementara itu, pengasas Richworks, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, angka pencapaian usahawan Titanium itu berjaya membuktikan bahawa pandemik, krisis, bencana atau malapetaka merupakan cabaran yang boleh dihadapi dengan mencari jalan. “RichWorks banyak anjurkan program secara percuma sejak awal pandemik pada tahun 2020 sebab saya tahu ramai orang sangat takut, masih keliru dan hilang arah tuju ketika itu. “Dari hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, RichWorks telah berhubung dengan semua usahawan Titanium bagi mengenal pasti situasi mereka serta tindakan yang perlu diambil untuk memberi bantuan dan bimbingan,” ujarnya. Dalam majlis yang sama, Azizan turut melancarkan sebuah buku berjudul Bangkit Bisnes Dari krisis yang digarap hasil analisis RichWorks terhadap bisnes yang berhadapan dengan krisis pandemik tetapi berjaya bangkit. “Ini adalah perkongsian ikhlas saya untuk semua bakal usahawan mahupun yang lama, tetapi diuji seribu satu dugaan ketika fasa pandemik. Segala tips, bimbingan dan rahsia perniagaan ini adalah khusus untuk anda,” jelasnya. Sekadar info, Datuk Wira Dr.Azizan Osman pernah mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Top 50 Marketing and Advertising Leaders di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada tahun 2019 yang lalu. - CARI |
prince_marhaen replied at 9-3-2022 02:49 PM
sampai ke forum ye paid write up jijang semang ni... haritu geng2 blogger serentak upload post memuj ...
missyL replied at 9-3-2022 02:52 PM
Hahahaah kan
Rich kot bole bayo
jajahoney replied at 9-3-2022 03:31 PM
Riban2 juga nak join seminar dia kan
prince_marhaen replied at 9-3-2022 03:15 PM
haha masih lagi ye..tittle & gelaran pelaris air lio heols... kuat mak esah dia ni.. dah macam tok ...
syamzana replied at 9-3-2022 03:55 PM
hadap betui dia ni title Dr tu. seantero malaysia tau ko punyer Dr tu fake pom giler tebal muke tepe ...
namieamuro replied at 9-3-2022 03:48 PM
pergh 3.7billion tu. campor dgn keuntungan mamasob ke tu? jual airliur bole cecah billion. 1885 = 3. ...
missyL replied at 9-3-2022 04:00 PM
Hahahahaha
Kan
Sales berjuta2 smpi billion. X beragak
slyfynx replied at 9-3-2022 04:46 PM
Bukan rekod jualan,
Rekod SCAM terkumpul
syamzana replied at 9-3-2022 03:55 PM
hadap betui dia ni title Dr tu. seantero malaysia tau ko punyer Dr tu fake pom giler tebal muke tepe ...
ADVERTISEMENT