Baru-baru ini, ada seorang pelajar universiti di Pahang telah mengalami kerugian sebanyak RM42,500 kerana terlalu obses dengan permainan video secara dalam talian.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, pelajar itu menyedari kerugian selepas diperdaya dalam pembelian mata permainan video itu.
Petikan dari Gamer Santai, pelajar itu berminat untuk membeli sebanyak 38,400 mata wang permainan video dengan harga RM600. Malahan, wang pelajar itu hanya berjumlah RM1,705 sahaja, baki RM40,795 itu adalah duit daripada wang simpanan ibu pelajar itu yang merupakan seorang pesara kerajaan. Difahamkan, pelajar itu terperdaya dengan helah suspek sehingga membuat 10 kali transaksi pembayaran ke tiga akaun berbeza yang diberikan oleh suspek itu, selepas pelajar itu sedar yang dia ditipu, dia segera membuat laporan polis. Berikutan itu, pelajar itu difahamkan mempunyai akses bank akaun milik ibunya dan ibunya pernah memaklumkan perkara demikian kepada anaknya tentang kehilangan wang simpanan miliknya sebelum pelajar itu membuat laporan polis. -CARI |
ADVERTISEMENT