CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengamuk Disuruh Cari Kerja, Tukang Azan Masjid Bunuh Mak Ayah Dan Adik

9-3-2022 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1854| Komen: 8

Kediri: Seorang lelaki menikam 10 orang termasuk ahli keluarga dan jiran menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian amuk di Desa Pojok, Kediri, Jawa Timur.

Kejadian itu menyaksikan empat orang terbunuh termasuk ibu, ayah dan adik suspek serta tujuh yang lain cedera.

Menurut seorang saksi, Aris Setiawan, kejadian itu bermula ketika suspek yang dikenali sebagai Riyanto bertengkar dengan ibu dan ayahnya mengenai pekerjaan.

CNN Indonesia difahamkan, suspek kini tidak bekerja selepas diberhentikan baru-baru ini.


Foto: CNN Indonesia


“Beberapa jiran memaklumkan, suspek dilihat bertengkar dengan ibu dan ayahnya soal kerja sebelum keadaan menjadi huru-hara.

“Ketika itu, suspek tiba-tiba mencapai sabit lalu terus menghayunkannya ke arah ibu, ayah dan adiknya sehingga mereka maut.

“Kemudian, suspek menyerang pula beberapa jiran yang menyaksikan kejadian itu sebelum melarikan diri dan penduduk kampung membuat laporan polis,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap polis Kediri, Rizkita Atmadha Putra mengesahkan kejadian itu dan suspek sudah ditahan polis untuk membantu siasatan.

Katanya, ketika ditahan, Riyanto tidak memegang sebarang senjata dan tidak melawan.

“Siasatan awal mendapati suspek mengalami masalah kemurungan akibat dibuang kerja dan kemuncaknya tiba apabila dia sering didesak oleh ibu dan ayahnya untuk segera mendapatkan pekerjaan.

“Polis dimaklumkan, suspek merupakan seorang yang pendiam, selain sering menjadi tukang azan di masjid,” ujarnya.

Sementara itu, mangsa yang cedera kini dirawat di hospital dan keadaan mereka dilaporkan stabil. -CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 9-3-2022 12:46 PM
Pokoknya butuh gampang gimana kayaknya gini kabupaten kedubes muntaber, pokoknya jangan dibakar, asap di indon, jerebu di Malaysia....mbak.. pantek Friska madu jusa c minus tersenyum sinis
Quote darkness 9-3-2022 12:50 PM
Org gila ada dimana mana
Quote Kurex 9-3-2022 12:51 PM
Pakcik & abg tu tunjuk apa dalam gambar tu?
Btw dekat perumahan iols penagih yg takde rumah, tido pun dekat dalam kereta rosak. Hari2 & tiap malam mengamuk. Siap bawak sabit nak sabit orang. Lepas tu jerit "aku pantang tengok bangla, indon aku boleh terima, bangla nepal jangan tunjuk muka depan aku, aku bunuh nanti". Persatuan penduduk biarkan je dengan alasan "takpe, dia rajin, dia tak kacau orang..". Alahai bodoh
Dah la penagih tu takde rumah, menumpang tanah orang. Lepas tu marah2 penduduk asal situ.
Quote KamikuP 9-3-2022 01:16 PM
Maka sejharusnya ku bilang wow gituh?
Quote rain2169 9-3-2022 01:19 PM
orang gila niii....
Quote gigahertz 11-3-2022 12:34 AM
rain2169: orang gila niii....

dia bukan gila . dia kemurungan.
perasaan kena buang kerja dengan tidak ada pekerjaan adalah situasi berbeza.
zaman sekarang ni ada dua penyakit. bunuh diri & Mental.
tak kira u apa latar belakang agama.
i is belive only dia je yang menanggung famili berkenaan.
Quote che-cikL 11-3-2022 12:38 AM
MENGAPA? APA PERLU berita2 Indon ni masuk utk kita tahu haaa??? Lemb*
Quote Lagubestbest 11-3-2022 01:10 AM
family dia suruh ke.. or membebel maki2 24jam suh dia cari keje?

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 01:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048840 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top