CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Upacara Memperingati Kematian Tangmo Nida 3 Hari- Ibu Tak Puas Hati, Mohon Autopsi Kali Kedua

9-3-2022 10:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1671| Komen: 3

Upacara memperingati kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida akan diadakan selama tiga hari di gereja Liberty Bangkok bermula 11 hingga 13 Mac ini.

Menurut laporan Bangkok Post, majlis tersebut diadakan sebagai penghormatan buat Tangmo yang disahkan meninggal dunia akibat lemas pada 24 Februari lalu.

Dalam perkembangan lain, ibunya iaitu Panida mahu bedah siasat atau autopsi dilakukan semula terhadap mayat anak perempuannya itu.


Foto: IG

Hal ini dimaklumkan oleh peguam kepada Panida iaitu Krissa Sriboonpimsuay.

Krissa meminta pihak polis menyerahkan kes bedah siasat ini kepada Bekas Pengarah Forensik iaitu Khunying Porntip Rojanasunan kerana berasakan terdapat keraguan pada keputusan bedah siasat terdahulu.

Meskipun Khunying sudah menjadi senator, namun Panida lebih mempercayai pakar forensik itu untuk melakukan bedah siasat kedua.

Untuk rekod, mayat Tangmo Nida dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas tiga hari hilang dipercayai lemas.

Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.


Ibu Tangmo, Foto: Bangkok Post

Pegawai bahagian Forensik Hospital Umum Polis, Kol Pol Naphat Natthasumon mengesahkan kematian Tangmo akibat lemas kerana terdapat lumpur pada bahagian paru-paru.

Pada Isnin lalu, Ketua Polis Thailand iaitu Suwat Jangyodsuk membuat andaian awal kematian aktres itu disebabkan kemalangan.

Ini berdasarkan bukti-bukti seperti rakaman telefon bimbit, kelajuan bot dan data pada GPS. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 9-3-2022 02:23 PM
Upacara memperingati kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida akan diadakan selama tiga hari di gereja Liberty Bangkok bermula 11 hingga 13 Mac ini.

Menurut laporan Bangkok Post, majlis tersebut diadakan sebagai penghormatan buat Tangmo yang disahkan meninggal dunia akibat lemas pada 24 Februari lalu.
Quote musangbodoh 9-3-2022 03:46 PM
ader cerita disebalik nya.

kesian

rip.........
Quote afie_m 9-3-2022 04:04 PM
kesiannya..

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:47 PM GMT+8 , Processed in 0.050016 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top