CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KFC 'Diserang' Pelanggan Berang! Staf Tulis Nota, Memandai Ganti Menu Habis Stok Dan Tak Update Aplikasi

9-3-2022 10:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3844| Komen: 34

Insiden pelanggan meluahkan rasa tidak puas hati kepada restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) bukanlah perkara baharu.

Jika Februari lalu seorang pelanggan 'mengamuk' kerana burger yang dibelinya hanya diisi sedikit mayonis dan daun salad, kali ini restoran tersebut 'diserang' kerana menghantar menu lain sebagai ganti kepada menu yang sudah kehabisan stok.

"Dear @KFCmalaysia. Kalau semua benda dah habis, tak payah jual! Kentang dan wedges katanya dekat seluruh Malaysia dah takde stock. Tiga kali order benda sama tapi dapat Sesame Ball, apa j***h. Hari tu order ayam, dibaginya roti," demikian ciapan pelayar berkenaan di Twitter.


Foto: mStar


Menerusi perkongsian tersebut juga, pelayar berkenaan berkongsi nota yang dipercayai ditulis oleh staf restoran berkenaan, memaklumkan situasi yang berlaku.

"Kentang dan wedges habis stok. Semua KFC. Sorry.

"Tukar kepada Black Sesame Ball. Next time boleh choose (pilih) mashed (kentang lenyek) atau nugget," demikian tertera mesej yang ditulis pada dua helaian kertas bersama pesanan yang dikirim.

Berdasarkan paparan tangkapan skrin (screenshot) yang dimuat naik, pelayar itu dipercayai membuat pesanan menerusi perkhidmatan Foodpanda dari sebuah cawangan KFC di Kuala Lumpur.


Foto: mStar


Menurut pelayar berkenaan, dia meluahkan rasa kecewa kerana restoran berkenaan gagal mengemukakan maklumat tepat untuk memudahkan pelanggan membuat pesanan.

"Tengok KFC cawangan lain, kalau benda tu contohnya tak ada stock ke apa, dia tak akan letak (dalam menu)," tulisnya.

Bukan sahaja kerana kecewa akibat menerima menu yang berbeza, apa yang membuatkan pelayar tersebut bertambah 'bengang' adalah kerana laporan atau aduan yang dihantar kepada Foodpanda juga seolah-olah tidak membantu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan pelayar berkenaan meluahkan kekecewaan kerana mereka turut mengalami insiden buruk apabila membuat pesanan di restoran sama.


Foto: mStar


"Beli ayam, hanya kepak ayam je yang ada (padahal) siang lagi tu. Pukul 12 tengah hari dah tak ada selection part ayam dah.

"Boikot je la. Jual ayam tapi takde ayam," demikian antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.


Foto: mStar


Tambah warganet, perkara sedemikian wajar diviralkan sebagai pengajaran kepada restoran berkenaan agar mengambil maklum aduan pelanggan seterusnya mempertingkatkan kualiti perkhidmatan. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hyie 9-3-2022 08:06 AM
makan barbie je lah dik...namun kena berebut dengan pelahap barbie lah kan
Quote kakikuDibibirmu 9-3-2022 08:24 AM
Sampai yaumul akhiroh akak takkan guna Food Panda
Quote she 9-3-2022 08:27 AM
Mati ke tak dapat makan KFC?
Ke tunggu gaji baru nak merasa
Tu yang marah sangat

KFC pun satu
Ayam takdok ice batu takdok
Noreeennnn!
Quote lattehazelnut 9-3-2022 08:29 AM
Mmg ramai pekerja kfc xtaw la high ke apa order asik salah je..
Kfc nearby i mmg utk training newbies ke apa, Xpernah dapat order yg betul.. i lg rela order cawangan jauh sikit..
Rasa ayam original pun lain2 tiap cawangan..

Complain je kat grab dpt refund..
Foodpanda refund mcm haram.. da hantar order salah, lepas tu reply email mintak picture lepas 10 jam.. terpaksa korek makanan or resit dalam tong sampah..
Quote TeropongThaico 9-3-2022 11:29 AM
lattehazelnut replied at 9-3-2022 08:29 AM
Mmg ramai pekerja kfc xtaw la high ke apa order asik salah je..
Kfc nearby i mmg utk training newbie ...

Ye ke sis. Ai tengok laju je food panda potong kat pekedai kalau dapat apa2 aduan dr customer. Yg sakit hati bg barang cukup & rider deols sendiri yg hantar pun deols tak percaya. Customer juga yg betul pd deols. Dah tatau nak buat camner lg nak bela diri.

Tapi mungkin restoran besar2 fp ni layan cara lain. Customer lak jd mangsa.... Isk tak patut arr kalo begituuuu
Quote LostStar 9-3-2022 11:31 AM
sila la berpindah ke ayam muiz..
Quote alesandra 9-3-2022 12:58 PM
kalau dah wedges,fries dah takde ini bukan masalah stok ayam..tapi masalah KFC.apa masalah kfc neh?..mmg betul2 nak melingkup kah?
Quote namr 9-3-2022 01:00 PM
Kfc ayam haluih2 pun beli ke puihhh...tak mati la tak makan kfc tu
Quote bulalof 9-3-2022 01:29 PM
robbery in the broad daylight.
Quote sweetrevenge16 9-3-2022 01:33 PM
Teringin nak makan kfc pulak
Quote doubleharmonic 9-3-2022 01:35 PM
kak long kfc tersenyum sinis
Quote Orix 9-3-2022 01:39 PM
aah aritu iols order set box zinger pun takde fries.. diorg nk ganti dgan sesame ball iols xmau, iols mintak ganti coleslaw... tp iols oke jah

mcd lg teruk, pun selalu je mcm ni. aritu iols nk order nasi lemak mekdi, ice lemon tea habis, 100plus habis, coke habis, dia nak ganti dengan air mangga.... iols cakap ala carte jelah xnak air, dia kata x boleh kena beli set utk nasi lemak, iols mcm blurr2 then amek jelah air mangga mcm dia ckap...sekali rupanya kena tambah duit kalau ganti dgan air mangga yg x sedap tu...
Quote watie79 9-3-2022 01:52 PM
lattehazelnut replied at 9-3-2022 08:29 AM
Mmg ramai pekerja kfc xtaw la high ke apa order asik salah je..
Kfc nearby i mmg utk training newbie ...

yesss...i pernah kena komplen kat grab ayam bakar masih merah..ai kata makan daging medium biasa tp ayam medium tak dibuat org..terus dapat refund
Quote yebit157 9-3-2022 02:17 PM
2 minggu lepas, 2 branch kfc aku pergi, dua dua tak ada ayam goreng. pelik je kfc tak ada ayam. branch yang ketiga, wedges pula tak ada. apa benda la
Quote SedihPedih 9-3-2022 02:27 PM
byk lg pilihan donia ni..
Quote LoveSungmin 9-3-2022 02:28 PM
i baru beli kfc kelmarin tapi i walk in sebab kebetulan keluar beli barang.. coleslaw ada tapi set zinger takda fries so dorang ganti dengan nugget.. i tanya staf tu bila fries nak restock, dia cakap dia pun tak tau bila
Quote ifanonline 9-3-2022 02:34 PM
balik masaka kat rumah je la...pemalas tul rakyata malaysia ni
Quote saviour_09 9-3-2022 02:36 PM
kfc ni patut jual babi je la

kfp kentaki fried pig

2 kali delivery, 2 kali sesame di bagi nya

dah tau takde stok jgn iklan la bongookkkk

Quote DayangKirana 9-3-2022 02:37 PM
since krisis ayam ngan fries takdo hari tuh, lama dh tak order kfc..
but, dulu2 before crisis pon, they all memang sesuka hati tukar ngan benda lain if item out of stock...
selalu kena bila beli ngan FP la.. taktau la kot2 dey all ni dabel standard ke ape..

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:29 PM GMT+8 , Processed in 0.076553 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top