Tentera Rusia membunuh Datuk Bandar Gostomel, berhampiran ibu negara Ukraine yang menjadi lokasi sebuah lapangan terbang strategik, kata pihak berkuasa hari ini.
“Ketua Gostomel, Yuri Illich Prylypko maut ketika mengedarkan roti dan ubat kepada penduduk yang kelaparan dan sakit,” menurut pengumuman di Facebook. Prylypko ditembak mati bersama dua yang lain, menurut kenyataan itu yang tidak membutirkan bila kejadian berlaku. “Beliau mati demi rakyatnya, demi Gostomel. Beliau mati sebagai seorang wira.”
Gostomel di barat laut Kyiv adalah lokasi lapangan terbang tentera Antonov yang strategik, yang melihat pertempuran sengit antara pasukan tentera Ukraine dan Rusia pada awal peperangan itu. Sumber: FMT
|
ADVERTISEMENT