CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengguna Jalan Raya Berhemah Dapat Minyak Masak Di Roadblock

8-3-2022 08:35 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 777| Komen: 0

Polis Kebumen, Jawa Tengah di Indonesia memberi hadiah kepada pengguna jalan raya yang berhemah sepanjang Operasi Keselamatan Lalu Lintas (OKLC) 2022.

Jika sebelum ini diberikan pek nasi, anggota Polis Kebumen kali ini memberi minyak masak kepada pemandu berhemah.

Dalam OKLC yang diadakan di hadapan Ketua Unit Trafik Polres Kebumen pada Isnin, para pengguna jalan raya nampak gembira setelah mendapat bungkusan berisi minyak masak.


Polis memberi minyak masak kepada pengguna jalan raya dalam satu operasi. foto KOMPAS.COM/ DOK POLRES KEBUMEN

"Alhamdulillah ada minyak masak. Saya cari-cari tak jumpa, sebaliknya diberikan di sini," kata seorang pengguna jalan raya ketika diperiksa dalam operasi itu dipetik dari Kompas.


Ketua perhubungan awam polis, AKP Tugiman berkata, hadiah yang diagihkan itu sebagai ganjaran kerana pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.

"Penduduk yang berhemah, kami berikan hadiah. Di dalam bungkusan itu ada keperluan asas termasuk minyak masak," kata Tugiman dalam kenyataan media, pada Isnin.

Selain keperluan asas, kanak-kanak turut menerima makanan ringan berupa coklat, wafer dan pelbagai manisan. 


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.046275 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top