CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Ingat Kehidupan Lampau Dakwa Mati Ketika Bertempur Era Perang Dunia Pertama

8-3-2022 08:12 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1005| Komen: 3

Lelaki Britain mendakwa pernah hidup ketika era Perang Dunia Pertama dan berkhidmat sebagai juruterbang tentera sebelum terkorban akibat ditembak di Perancis ketika mengendalikan pesawat pejuang, lapor akhbar Daily Star.


Steve Mulligan, 61, berkata, dia dapat mengingati ‘kehidupan lampaunya’ itu ketika menjalani sesi hipnosis.

Menurutnya, meskipun dilahirkan pada tahun 1961, dia dapat mengingati kehidupannya di utara Wales sekitar tahun 1903.


Kredit foto: Wales Online

Mulligan juga dapat mengingati bahawa namanya adalah Sydney Sutcliffe dan dia merupakan anak kepada Abraham ‘Arthur’ Sutcliffe, seorang penghibur Pavilion Theatre di Llandudno.


“Sejak kecil, saya sering pergi ke Llandudno, dan ibu saya berasa hairan  kerana saya mengetahui selok-belok jalan di situ.

“Saya juga berasa seperti ‘deja vu’ (seolah-olah pernah pergi ke situ),” ujarnya.

Mulligan berkata, dia pernah melawat sebuah tugu peringatan perang di Llandudno bersama isterinya, Sharon. 


Kredit foto: Wales Online

Dia terkejut apabila menemui nama ‘Sydney Sutcliffe’ disenaraikan sebagai antara askar yang terkorban ketika Perang Dunia Pertama.

“Saya menjadi beremosi apabila melihat nama itu terpapar pada tugu peringatan tersebut. Saya masih cuba memahami keadaan ini, ia merupakan satu perasaan yang aneh,” katanya. 


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AKAZ85 9-3-2022 04:18 AM
Ni kaki tengok dvd ni...
Quote ninja9 9-3-2022 06:12 AM
Wow hebat. Boleh mengingat nama tempat keluarga lama dan ingat kematian. kenapa dia seorang yang ingat tak semua orang ker
Quote Simunggu 9-3-2022 07:43 AM
ini gara gara terlebih vaksin...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:10 PM GMT+8 , Processed in 0.040361 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top