Di Bangkok, Thailand, seorang wanita di wilayah Buriram menikam zakar suaminya dengan lembing ataupun tempuling ketika bertengkar. Petikan dari TunCarlos, wanita berumur 43 tahun itu dilaporkan menggunakan lembing tersebut lalu menikam zakar suaminya dan memutarkan senjata tajam itu. Difahamkan, mangsa berumur 45 tahun yang dalam kesakitan itu kemudian berjaya melarikan diri ke rumah ibunya sebelum pergi ke hospital untuk mendapat rawatan dan menerima 17 jahitan. Ekoran kejadian, mangsa dikatakan duduk bersama ibunya kerana risau sekiranya dia cederakan sekali lagi oleh isterinya. Sementara itu, isterinya pula memberitahu media bahawa suaminya yang mencekik lehernya terlebih dulu sebelum dia mengambil lembing dan menikam suaminya untuk mempertahankan diri.
Ada laporan mengatakan mereka bergaduh kerana mangsa keluar minum dengan kawan-kawannya sedangkan dia perlu memasak di rumah. - CARI |
ADVERTISEMENT