CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Minta Mekanik Baiki Lampu Motor, 5 Tahun Kemudian Masih Lagi Tak Siap-Siap!

7-3-2022 03:13 PM| Diterbitkan: Agent13k| Dilihat: 1598| Komen: 6|Original author: Agent13k

Baru-baru ini, ada satu hantaran di Facebook yang tular yang menceritakan tentang seorang wanita yang merasakan dirinya tertipu selepas menghantar motorsikal kepada seorang mekanik untuk dibaiki, tetapi 5 tahun kemudian masih lagi tidak siap.

kredit foto: Unsplash


Difahamkan, pengguna Facebook Aerin Mas Nan telah memuat naik hantaran itu pada hari jumaat menceritakan bagaimana motorsikal yang dihantar sejak 2018 itu masih lagi tidak siap.

Bukan itu sahaja, keadaannya sudah tidak sama seperti ketika ia dihantar pada tahun 2018.

kredit foto: Facebook.


Aerin meminta lelaki itu menukar lampu bahagian belakang sahaja dan dia sudahpun membayar RM200 untuk perkhidmatan tersebut. 

Tetapi, motosikal itu masih tidak siap dibaiki dan apabila meminta mekanik itu menyiapkan motorsikal itu ataupun memulangkan motosikal itu, permintaan itu diendahkan oleh mekanik itu.

kredit foto: 911 biker

Mekanik itu pernah mengamuk dan memarahinya dan suaminya apabila mereka pergi ke bengkelnya untuk berbincang mengenai motosikal itu, 

Ramai telah menjadi mangsa mekanik itu dan berdepan nasib yang sama.

Menurut sumber, dia dan suaminya dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mekanik itu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote musangbodoh 7-3-2022 03:31 PM
haha takat pgg spana salah org laaa....
Quote Belibis 7-3-2022 03:44 PM
Mana gambar sebenar??
Quote ninja9 7-3-2022 05:02 PM
buatlah rencana jujur dan bergambar.. letak dalam facebook.. mudah-mudahan mekanik yg tak pandai itu insaf yang dia tak boleh jadi mekanik kena berhenti
Quote .HannahMontana. 7-3-2022 05:41 PM
xan insuran , roadtax xrenew bro ??



yg ko cakap ni untuk content ke FAKTA ?
Quote nononcrux 8-3-2022 04:31 PM
.HannahMontana. replied at 7-3-2022 05:41 PM
xan insuran , roadtax xrenew bro ??

renew je lah tak payah bawak motor, citer dia sekarang kalau motor tak pakai tak renew la tu
Quote .HannahMontana. 9-3-2022 12:47 AM
nononcrux replied at 8-3-2022 04:31 PM
renew je lah tak payah bawak motor, citer dia sekarang kalau motor tak pakai tak renew la tu

cissssssssssssssssssssssss ko ingat aku bodoh sangat ke xtahu kalau nak renew insurance ke lesen ke xperlu bawa motor tu

maksud aku dah kalau 5 tahun xsiap baiki xkanlah  dia xambil tindakan lain...

ambil sajalah motor dia tu

dibimbangi hanya untuk content semata-mata .

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:36 PM GMT+8 , Processed in 0.049505 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top