GUA MUSANG: Seorang penghantar makanan foodpanda tercampak ke dalam longkang selepas motosikal ditunggangi dirempuh treler di Kilometer 3.5 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, semalam.
Dalam kemalangan pada pukul 3.30 petang, Mohamad Amir Nordin, 23, yang menunggang motosikal Yamaha Y15 cedera parah dan meninggal dunia dalam ambulans semasa dalam perjalanan dari Hospital Gua Musang ke Hospital Kuala Krai. Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu treler jenis Volvo yang hilang kawalan sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Menurut beliau, kemalangan berlaku semasa pemandu treler berumur 37 tahun memandu kenderaan berat itu dari arah Kuala Krai menghala ke Gua Musang. “Sampai di lokasi kejadian, pemandu treler hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan motosikal yang dipandu mangsa. “Akibat pelanggaran, treler berkenaan melintang jalan, manakala mangsa terpelanting ke dalam longkang sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. Choon Foo berkata, mangsa dihantar ke Hospital Gua Musang sebelum dipindahkan ke Hospital Kuala Krai, namun meninggal dunia dalam ambulans pada pukul 11.15 malam. Katanya, pemandu kenderaan pacuan empat roda dan pemandu treler cedera ringan dan saringan awal air kencing mendapati pemandu treler berkenaan positif dadah jenis methamphetamine. –CARI Sumber: Utusan Online
|
musangbodoh replied at 7-3-2022 02:41 PM
takziah...muda lg...cari rezki smpi mlm2...
musangbodoh replied at 7-3-2022 02:41 PM
takziah...muda lg...cari rezki smpi mlm2...
I.K.A888990 replied at 7-3-2022 02:40 PM
takziah buat keluarga
tlg la bunuh je penagih lalok semua ni
stinger987 replied at 7-3-2022 02:43 PM
Aku baca text/article yg tak sama dgn ko kewww?
Mana datang malamnya?
BunyiMeow replied at 7-3-2022 03:47 PM
Geram bace berita camni. Ni kali yg ke brape dh ni..dah2 la kesian kat penagih dadah ni semua
xAthenax replied at 7-3-2022 03:52 PM
ramaiiiiii ooo
peratusan amat tinggi ikut statistic banyak tahun dulu
kalau tengok derang ni lalu ...
ADVERTISEMENT