CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Dari Dulu Vokal Hebat Cuma Ramai Tak Nampak' - Zarul Bangga Dengan Marsha

7-3-2022 02:20 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1186| Komen: 1

Persembahan Marsha Milan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-36 (AJL36) semalam menjadi perbincangan netizen. 


Tidak dapat dinafikan, Marsha telah membuka mata ramai tentang bakatnya yang kurang mendapat perhatian sebelum ini. Hal ini turut diakui sendiri penyanyi Zarul Umbrella yang menjadi pasangan duetnya dalam lagu Satu Rasa.


Kredit foto: IG Zarul

Menerusi akaun Instagram, peserta Gegar Vaganza musim ketiga ini mengucapkan tahniah kepada Marsha dan berkata, persembahannya malam tadi akan diingati sampai bila-bila.


Tambahnya lagi, dia mengakui vokal Marsha sememang hebat sejak dari dulu lagi, cuma masih belum ramai yang nampak.



Dalam pada itu, Zarul meluahkan rasa berbangga dengan Marsha dan mendoakan penyanyi berasal dari Tamparuli, Sabah ini dimurahkan rezeki dalam nyanyian.

Lagu yang dibawakan oleh Marsha berjudul Cinta ini merupakan ciptaan Hang Nadim dan Bunga Cantik. Lagu tersebut berjaya menduduki tempat kedua yang membolehkan Marsha membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 serta trofi. Marsha berjaya memukau penonton dengan vokal mantapnya ketika melantunkan lagu itu.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 7-3-2022 02:40 PM
claim selagi boleh menempek.......

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:03 PM GMT+8 , Processed in 0.334027 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top