CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jumpa Bukti Tangmo Ditolak, Dijual Pengurus?

7-3-2022 02:14 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6151| Komen: 23

Satu persatu petunjuk baru dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kematian artis terkenal Thailand iaitu Tangmo Nida mula terbongkar.

Terdahulu, tular video memaparkan mendiang Tangmo sedang memegang gelas minuman sambil menyanyi di atas bot. 


Kerdit foto: Vo.id

Bagaimanapun, video yang dirakam pengurus mendiang iaitu Kratik menjadi perhatian ramai selepas mereka mendakwa terdengar suara lelaki meminta seseorang membawa mangsa ke satu bahagian di dalam bot berkenaan.

Selain itu, muncul pula satu rakaman CCTV memaparkan Kratik bersama seorang rakannya, Robert berada di lorong kecil kawasan jeti sekitar jam 12:46 pagi, mereka kemudian meninggalkan kawasan itu dengan menaiki sebuah kereta berwarna putih. Sedangkan ketika itu, pasukan penyelamat sedang menjalankan misi pencarian mayat Tangmo Nida.






Lebih menjadi tanda tanya apabila Kratik sebelum ini mendakwa dia terus pulang ke rumah Tangmo selepas pasukan penyelamat tiba di jeti kerana bimbang anaknya, Easter sendirian di rumah. 

Tetapi menerusi rakaman CCTV, Kratik dilihat tiba di rumah sekitar jam 3:36 pagi dengan menaiki kereta berwarna hitam.

Tidak terhenti di situ, beberapa lagi rakaman CCTV di atas bot terbongkar apabila ada yang mendakwa melihat Tangmo Nida terjatuh dari bot berkenaan, malah ada juga dakwaan mangsa kelihatan seperti ditolak seseorang sehingga terjatuh sebelum diseret. 




Menurut kenyataan saksi iaitu nelayan berhampiran kawasan kejadian, dia melihat sendiri bagaimana bot laju itu berpusing dengan sangat laju dan tidak terkawal. 

Malah, dia juga mendakwa terdengar ada suara menjerit nama ‘Mo’ berkali-kali. Meskipun begitu, rakaman CCTV tersebut masih terus dalam siasatan polis.

Bukan itu sahaja, ada dakwaan mengatakan pihak berkuasa sudah menemui sebuah lagi bot ‘sebenar’ dipercayai dinaiki Tangmo dan rakan-rakannya. Ia dipercayai telah ditukar dengan bot lain dan mereka ‘menyembunyikan’ bot itu kerana bimbang ‘jenayah’ mereka dihidu.



Terbaru, menerusi satu rancangan, terdapat satu mesej mendakwa Kratik mengaku ‘menjual’ Tangmo kepada seorang orang kaya yang bergelar Datuk tanpa pengetahuan artis tersebut. 

Hal ini kerana, ketika di dalam bot berkenaan Tangmo dikatakan sudah mendengar ‘rahsia’ besar Datuk berkenaan. Justeru, mereka terpaksa menyerahkan Tangmo kepada Datuk berkenaan kerana mahu menutup mulutnya.

Menerusi laporan media tempatan, pihak polis Thailand memaklumkan setakat ini kematian tersebut adalah berpunca daripada kemalangan sehingga siasatan selesai.


Sumber: OhBulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fahdramli 7-3-2022 03:39 PM
Semoga kematian dia mendapat pembelaan sewajarnya. Siam ni memang betoi2 siam perut ijau. Bapak kawan aku depa tembak ja, pasal berebut pok ke, jumpa 3 hari lepas kena bunuh.
Quote kepompong 7-3-2022 03:45 PM
Datuk sana sebut nya apa ye….
Quote ally9970 7-3-2022 03:46 PM
Kat Thailand pun ada Datuk?
Quote fahdramli 7-3-2022 03:46 PM
kepompong replied at 7-3-2022 03:45 PM
Datuk sana sebut nya apa ye….

Grand daddy kot hahahaha...
Quote jazaa100 7-3-2022 03:48 PM
fahdramli replied at 7-3-2022 03:39 PM
Semoga kematian dia mendapat pembelaan sewajarnya. Siam ni memang betoi2 siam perut ijau. Bapak kawa ...

Berebut pok ke tu apa?
Quote wikedsaikel 7-3-2022 03:50 PM
Mohon sesiapa keturunan Siam terangkan apa equivalent Dato di Thailand.
Quote Artemesiaa 7-3-2022 03:59 PM
Makin banyak terlondeh makin banyak juga bahan bukti dah dijumpai
Quote reenz013 7-3-2022 04:02 PM
kt thailand pun ada gelaran datuk ye
Quote fahdramli 7-3-2022 04:06 PM
jazaa100 replied at 7-3-2022 03:48 PM
Berebut pok ke tu apa?

Pok ke, tu cicak yang pernah jadi viral 10 tahun lepas. Katanya boleh ubat penyakit
Quote haifawehbe 7-3-2022 06:00 PM
katanya dato tu org kanan raja siam.. mmg terkubur la kes ni jwbnya..
Quote hareeeesah 7-3-2022 07:28 PM
Kambus bawah carpet je la kes ni dh involve vip plak
Quote fahdramli 7-3-2022 07:30 PM
haifawehbe replied at 7-3-2022 06:00 PM
katanya dato tu org kanan raja siam.. mmg terkubur la kes ni jwbnya..

Harap2 tangmo jadi mad nak la, pi ganggu datuk tu sampai jadi gila dan bunuh diri, seksa macam mna dia buat kat tangmo
Quote hird 7-3-2022 07:58 PM
ally9970 replied at 7-3-2022 03:46 PM
Kat Thailand pun ada Datuk?

Bukan, ada seorg akak Thai kawin dgn org sini selalu buat live utk translate berita2 pasai tangmo kat tiktok.
Semlm dia buat live tapi dia kena buat nicknames utk org2 yg terlibat termasuk tangmo ni. Sebab dia risau kot2 ada org kacau. Dia punya acc berkali2 kena report sampai asik kena tukar guna acc lain je.

Jadi utk gambarkan org vvip yg dok tgu kat hotel tu, akak tu guna gelaran datuk utk bezakan dgn 2 org vip kat atas bot tu. (Robert dgn Por)

Quote ellejo 7-3-2022 08:13 PM
meols boleh tolong puja she jadi hantu. takat kasi ibu jari meols untuk she hisap kemudian, apa la sangat.
bab2 vvip ni biasanya mmg terkambus atau minimum sentences sajork.
Quote haifawehbe 7-3-2022 11:53 PM
fahdramli replied at 7-3-2022 07:30 PM
Harap2 tangmo jadi mad nak la, pi ganggu datuk tu sampai jadi gila dan bunuh diri, seksa macam mna ...

Maid tangmo cerita anak angkat dia hari2 tanya kenapa mama nangis2 dekat pintu toilet.. kenapa mama tak masuk rumah? mama marahkan dia ke? seram pulak iols dgr cerita ni.. tggu sikit masa nanti tangmo jadi hantu pegi cekik datok tu pulak..
Quote asfaz 8-3-2022 01:24 AM
haifawehbe replied at 7-3-2022 11:53 PM
Maid tangmo cerita anak angkat dia hari2 tanya kenapa mama nangis2 dekat pintu toilet.. kenapa mam ...

Adehh. Meremang baca time ni
Quote sharlenetexas 8-3-2022 01:28 AM
kepompong replied at 7-3-2022 03:45 PM
Datuk sana sebut nya apa ye….

Grandfather level kot.

Quote ally9970 8-3-2022 02:13 PM
hird replied at 7-3-2022 07:58 PM
Bukan, ada seorg akak Thai kawin dgn org sini selalu buat live utk translate berita2 pasai tangmo  ...

owhhh...ok faham
Quote ally9970 8-3-2022 02:17 PM
fahdramli replied at 7-3-2022 04:06 PM
Pok ke, tu cicak yang pernah jadi viral 10 tahun lepas. Katanya boleh ubat penyakit

Cicak tokek lah tu...

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.234758 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top