CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Ambil Satu Sen Pun, Tun M Tak Setuju Kerajaan Hadiahkan RM70 Juta Kepada Pak Lah

7-3-2022 02:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3765| Komen: 48

Sesi perbahasan menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong oleh Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat pagi ini turut mengheret bekas rakan sejawatnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Dalam ucapan perbahasan itu, beliau menyatakan tidak setuju dengan tindakan kerajaan memberi hadiah bernilai RM70 juta kepada mantan Perdana Menteri kelima itu selepas bersara.

Katanya, tindakan memberi hadiah yang besar dan bernilai tinggi kepada mantan-mantan Perdana Menteri tidak baik kerana negara perlu mematuhi undang-undang.


Kredit foto: Asia Nikkei

Ini berbanding dirinya, walaupun lebih 22 tahun menjadi Perdana Menteri (1981 hingga 2003) dan apabila bersara, beliau tidak pernah menerima atau mengambil walau satu sen pun hadiah daripada kerajaan.


Sebaliknya, kata mantan Perdana Menteri keempat itu, beliau menawarkan untuk membeli sebidang tanah yang dihadiahkan oleh kerajaan kepadanya selepas bersara.

“Saya mengaku, saya juga bekas Perdana Menteri, tetapi saya tak ambil satu sen pun hadiah yang diberikan kepada saya. Mungkin kerana jasa saya itu tak ada, tak cukup nak dapat hadiah.

“Tetapi, saya mengaku ada tawaran nak beri kepada saya sekeping tanah… saya tolak dan saya sebaliknya menawar untuk membeli tanah itu, bukan dapat percuma,” katanya.

Dr Mahathir selaku ketua parti yang diberi masa 20 minit untuk berbahas menarik perhatian dewan dengan mempertikaikan peraturan undang-undang yang diamalkan kerajaan ketika ini.

Beliau berkata, negara ditubuh dengan diadakan perlembagaan, iaitu negara ditubuh dengan undang-undang termasuk undang-undang yang menentukan arah mana kerajaan dan kuasa yang ada pada kerajaan dalam pentadbiran untuk negara ini.

“Apa yang kita lihat ialah kerajaan bersikap seolah-olah kerajaan mempunyai kuasa lebih daripada perlembagaan. Boleh buat apa saja dan tidak perlu pun merujuk kepada dewan. Dalam satu kes ialah berkenaan dengan hadiah kepada bekas Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan perbezaan yang berlaku di zaman Allahyarham Tunku Abdul Rahman, Allahyarham Tun Abdul Razak dan Allahyarham Tun Hussein Onn, yang mana mereka hanya diberikan rumah lama sebagai hadiah atas jasa sebagai Perdana Menteri.

“Tetapi, apabila sampai kepada (Tun) Abdullah, kita dapati hadiah yang diberikan ini bernilai RM70 juta. Ini satu angka yang besar yang beratus kali ganda lebih daripada gaji yang didapati yang dibayar kepada Perdana Menteri semasa bertugas.


Kredit foto: The Edge Market

“RM70 juta diberi dan ini dilakukan tanpa rujukan kepada Dewan Rakyat atau di mana-mana undang-undang yang boleh menentukan berapa banyak nilai hadiah ini.

“Dan, kita juga dengar bahawa semasa Perdana Menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) bersara, dia menulis surat kepada kerajaan meminta supaya dihargai jasanya dengan memberi kepadanya sebanyak RM100 juta,” katanya.

Mengenai hadiah kerajaan, Ahli Parlimen Langkawi itu mendakwa, Najib telah memohon RM100 juta iaitu sebuah bangunan bernilai RM60 juta dan wang sebanyak RM40 juta.

Dr Mahathir berkata, jumlah itu bukan sagu hati yang biasa diberi oleh swasta bahkan oleh kerajaan juga.

“Tidak ada peruntukan dalam undang-undang yang berkata, amaun yang sebegini besar boleh diberikan kepada bekas Perdana Menteri. Ini adalah sesuatu tindakan yang di luar undang-undang. Bahkan, tidak ada dalam undang-undang.

“Tetapi atas timbang rasa dan kuasa yang sedikit yang ada kepada kerajaan, ada yang bersetuju bahawa satu hadiah perlu diberikan kepada bekas Perdana Menteri yang bersara sebagai satu tanda bahawa kita menghargai apa yang dilakukan ataupun sumbangan Perdana Menteri kepada negara.

“Dalam pada itu, kita juga tentukan bukanlah hadiah ini terlalu besar, sebaliknya kalau kita lihat di pihak swasta, mereka juga memberi hadiah biasanya kepada pegawai berjasa yang memajukan syarikat, mungkin terhad kepada satu jam Rolex. Itu sahaja yang diberi sebagai tanda penghargaan,” katanya.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mempersoalkan, dalam kerajaan sekarang apa yang dicadangkan, bahkan diberi kepada bekas Perdana Menteri jauh lebih besar daripada jam Rolex, walaupun itu bukan amalan kerajaan dahulu. 


Sumber: MalaysiaGazette

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote axl_bach 7-3-2022 02:13 PM
Hadiah ni bkn wang ganjaran persaraan ke?  Bkn sepatutnya ada pengiraan khusus ke?

Gilalah sampai RM70 juta hadiah ganjaran.

Patutnya RM112,125.00 saja Paklah layak dpt.
Quote axl_bach 7-3-2022 02:15 PM
Btw kenapalah Tua Kutuk celaka ni x abis2 nk gaduh dgn org yg x kacau dia.... Paklah dh aman2 diam x kacau dia bleh dipetik nama...
Quote stinger987 7-3-2022 02:21 PM
Mana SPRM?

Hanatullah kalau betul...

Quote JunkMail 7-3-2022 02:33 PM
Amboiiii.. 70 juta .. 700k pun dah terlampau banyak.. huntonglah bersara maintain jutawang
Quote Skuau 7-3-2022 02:40 PM
Soalan...Pak Lah minta ke..dorang@kerajaan yg memang nak bagi dia???
Quote axl_bach 7-3-2022 02:46 PM
Skuau replied at 7-3-2022 02:40 PM
Soalan...Pak Lah minta ke..dorang@kerajaan yg memang nak bagi dia???



Isunya tang sini

"RM70 juta diberi dan ini dilakukan tanpa rujukan kepada Dewan Rakyat atau di mana-mana undang-undang yang boleh menentukan berapa banyak nilai hadiah ini.
Quote she 7-3-2022 03:03 PM
70m wowwwww

Jackpot sangat
Quote Dovahkiin 7-3-2022 03:04 PM
Org tua ni memang la x amik sesen pun DIRECTLY.
Quote Artemesiaa 7-3-2022 03:07 PM
Sekarang baru nak timbul isu ni kenapa tak suarakan dari dulu
Quote Normabaru 7-3-2022 03:35 PM
Bkn ko jgk ke yang minta pak lah Kaki tidur ni utk turun LPs satu penggal?

So on top of pencen yang puluhan ribu dia dpt 70Juta while just sleeping in meetings and sending pelancong ke angkasaraya?

Such a stupid leaders
Quote aHoi83 7-3-2022 03:53 PM
Dpt anugerah Tun sudahla. Apesal sampai 70-100juta. Belanja mcm duit sendiri jah.
Quote bondeh 7-3-2022 03:54 PM
Tengok hasil cucu masing2 2x5 je cuma cucu atok social tak nampak, cucu PakLah pencetus Islam Hadhari nih dah tak serope anak melayu. Geng2 anak Tin E teks layut. Couple plak dengan adik bongsu Tunku Yaacob. Ahaks
Quote dewimalam78 7-3-2022 03:58 PM
70juta tu kalau improve facilities rakyat kan bagus
Quote xy_daen 7-3-2022 04:00 PM
Tido2 pun dapat RM 70 jota? Pakyu...
Quote .HannahMontana. 7-3-2022 04:25 PM
memang sial tanahair ku

rakyat ni sepatutnya dah lama hidup selesa dengan pendidikan tinggi xpelru banyak duit tetapi ada kemampuan untuk merubah nasib

tp lihatlah kannn

org kerajaan mmg joli duit negara yakni duit cukai rakyat

rakyat susah kena juga bayar cukai bila dha dikira sebagai  cukup kena bayar, kena bayar xboleh nak dalih

fikirlah weiiiiiii


tembak mati sajalah ahli politik

vaksin yg terang-terang ko kena isgn xkan tuntut apa-apa kerugian dan tanggungjawab daripada kerajaan pun org kerajaan yg PAKSA

PAKSA guna peiruk nasi koranggg jadi korang mmg xkan melawna lah.

korang bagaikan dirogol dna diliwat oleh menteri vaksin
Quote johan-adx 7-3-2022 04:33 PM
axl_bach replied at 7-3-2022 02:15 PM
Btw kenapalah Tua Kutuk celaka ni x abis2 nk gaduh dgn org yg x kacau dia.... Paklah dh aman2 diam x ...

kalau dia tak dedah sapa pun taktau bab nijibby hrtu nyaris2 dpt 100j
tu bgsnya gajah lwn gajah..hbs terdedah rahsia2 besor dlm peti besi

Quote ashilalat 7-3-2022 05:57 PM
Alah..dia dah.rembat juta² pastu.dengki kat org lain plak. Kau lg teruk rrmbat indirectly. Choyyyy
Quote epal_putih 7-3-2022 06:21 PM
Ada sebab Allah s.w.t panjangkn usia tun...
Quote guesswho09 7-3-2022 06:28 PM
bondeh replied at 7-3-2022 03:54 PM
Tengok hasil cucu masing2 2x5 je cuma cucu atok social tak nampak, cucu PakLah pencetus Islam Hadhar ...

Tin E tu kawan baik menantu atuk

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.294738 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top