Kuala Lumpur: Mereka mengiklankan khidmat mengubah suai rumah pada harga jauh lebih rendah berbanding upah semasa menerusi media sosial.
Bagaimanapun, selepas mengambil wang pendahuluan, ada yang menghilangkan diri, tidak menjawab panggilan telefon dan mesej, malah ada juga gagal menyiapkan kerja menyebabkan pemilik rumah mengalami kerugian. Itu sebahagian daripada onar kontraktor warga asing yang dikesan memperdaya puluhan pemilik rumah di sekitar Lembah Klang membabitkan kerugian mencecah lebih RM380,000. Perkara itu didedahkan Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM) selepas menerima aduan mangsa-mangsa yang berdepan kerugian akibat rumah yang ingin diubahsuai tidak dapat disiapkan.
Presidennya Che Hassan Che Johan berkata, aduan yang diterima berkenaan meliputi kerja-kerja pengubahsuaian rumah di bawah RM100,000 di sekitar Lembah Klang. Katanya, setakat ini lebih 20 aduan diterima dengan ramai daripada mangsa mendakwa menanggung kerugian kerana 'kontraktor' mereka melarikan diri. "Semakan awal mendapati mereka adalah kontraktor persendirian yang mula menawarkan perkhidmatan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lalu. "Mungkin disebabkan tiada projek atau kerja, mereka mengiklankan khidmat mengubah suai rumah kepada pemilik dengan harga yang rendah. "Sebaik menerima deposit, ada yang menghilangkan diri, ada yang buat kerja separuh jalan dan gagal dihubungi," katanya. Che Hassan berkata, kecenderungan untuk mendapatkan harga yang murah menyebabkan ramai yang 'terkena' dengan kontraktor warga asing yang mendakwa mereka mempunyai banyak pengalaman. Menurutnya, ramai daripada kontraktor itu sebelum ini dipercayai bekerja dengan majikan lain dan mula berjinak-jinak untuk bekerja sendiri sebaik sesebuah projek tamat. Katanya, pihaknya juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi yang menjadi mangsa namun tidak tampil untuk membuat laporan. "Disebabkan tiada pihak yang pantau dan mereka sendiri menjadi tauke, maka timbul isu penipuan seperti ini terutamanya mereka yang mendapat nombor hubungan daripada jiran dan sebagainya. "Daripada aduan yang diterima, ada yang langsung gagal dihubungi selepas menerima wang pendahuluan menyebabkan mangsa terus buntu memikirkan nasib mereka," katanya. Hasrat pesara miliki rumah idaman punah Kuala Lumpur: Hasrat seorang pesara untuk memiliki rumah idaman selepas bersara tidak menjadi kenyataan selepas dia menjadi mangsa penipuan kontraktor warga asing. Bukan itu saja, wang persaraan berjumlah ribuan ringgit juga lebur selepas lelaki terbabit gagal dihubungi selepas bersetuju untuk menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian. Mangsa yang mahu dikenali sebagai Ramli, 62, berkata dia berhasrat mengubah suai rumah yang dibelinya sejak 20 tahun lalu. Katanya, menerusi iklan di Facebook, dia menghubungi kontraktor berkenaan untuk kerja-kerja pengubahsuaian bahagian depan dan bumbung rumahnya di Seremban pada pertengahan tahun lalu. "Pada awalnya, saya diyakinkan dengan kebolehan kontraktor ini selepas ditunjukkan hasil kerja di beberapa tempat. "Dia meminta saya menjelaskan separuh daripada keseluruhan bayaran berjumlah RM30,000. Namun selepas berbincang, dia bersetuju untuk menerima RM10,000 dengan alasan untuk persetujuan kerja," katanya. Selepas itu katanya, kontraktor warga asing itu bersetuju untuk memulakan kerja dalam tempoh seminggu dan memaklumkan seramai empat pekerjanya akan terbabit. Namun, berselang dua minggu, kelibat lelaki berkenaan tidak lagi kelihatan dan dia cuba menghubunginya namun gagal. "Saya cuba menghubunginya menerusi mesej di Facebook namun gagal. Mesej saya juga tidak dijawab, saya sedar saya sudah ditipu," katanya ketika membuat aduan kepada Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), baru-baru ini. Ramli berkata, disebabkan itu dia terpaksa mengupah kontraktor tempatan untuk pengubahsuaian rumahnya yang hanya mengambil masa hampir sebulan untuk siap. Berisiko jika mahu kos murah Kuala Lumpur: Mahu melakukan pengubahsuaian skala kecil pada harga murah menjadikan pemilik rumah berisiko untuk diperdaya kontraktor warga asing. Setiausaha Agung Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) Ahmed Zaharani Yusof Omar berkata, kebiasaannya pemilik rumah akan mengambil jalan mudah dengan mengupah kontraktor asing atau yang baru dikenali untuk kerja-kerja dianggap kecil. Katanya, ramai juga beranggapan kerja-kerja berkenaan boleh dilakukan oleh semua kontraktor dan sudah pasti mereka akan memilih harga lebih murah. "Semua kontraktor yang berdaftar di bawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) perlu ada bidang khusus B29 bagi semua kerja pengubahsuaian. "Pihak berkuasa tempatan sedia maklum mengenai perkara itu dan mereka bertanggungjawab memastikan semua kontraktor dilantik pemilik rumah mempunyai sijil pendaftaran yang berkaitan. "Selepas itu, barulah kelulusan merancang dikeluarkan dan kontraktor akan memulakan kerja," katanya. Menurutnya, dalam keadaan pasaran terbuka ketika ini, pihaknya terpaksa bersaing dengan kontraktor lain dan ia adalah persaingan yang sihat. "Bagi kontraktor yang berdaftar, ia tidak menjejaskan kita. Kita mahu semuanya kompetitif dan berdaya saing agar kita maju ke hadapan," katanya. Menurutnya, isu terbabit pernah disuarakan sebelum ini kerana ia membabitkan ramai kontraktor di dalam industri. Katanya, PKBM mempunyai 8,000 ahli berdaftar yang aktif menjalankan kerja-kerja pembinaan di seluruh negara. "Cuma masyarakat perlu berhati-hati dengan kontraktor yang tidak diiktiraf ini agar tidak terpedaya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
glump replied at 7-3-2022 01:49 PM
Kontraktor local pun ada yg lari bila dpt duit ...tapi warga asing suka dapat job renovate umah,leh ...
JokesCop replied at 7-3-2022 02:33 PM
Dia mcm ni, tawar harga murah betul.
Lari lepas dapat duit, 20 kes.
4,579 kes lain tawar harga mura ...
ADVERTISEMENT