Shah Alam - Sejumlah besar hotel di negeri Selangor masih belum mendapatkan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, pada masa ini hanya terdapat 31 hotel di negeri ini yang memperoleh SPHM. Menurutnya, pengusaha hotel yang masih belum mendapatkan pensijilan halal juga diingatkan tidak menggunakan istilah 'bufet Ramadan'. "Di bawah Perintah Perihal Dagangan (takrif halal) 2011, istilah bufet Ramadan merupakan antara istilah yang membawa maksud halal dan tidak boleh sewenang-wenangnya digunakan kerana ianya menjadi satu bentuk perihal dagangan.
"Penggunaan istilah bufet Ramadan dalam kalangan bukan pemegang SPHM merupakan isu pelanggaran undang-undang yang boleh membawa kepada tindakan penguatkuasaan," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin. Justeru katanya, semua pengusaha hotel, peniaga dan pengusaha industri makanan yang belum mempunyai SPHM diminta untuk mengemukakan permohonan pensijilan halal dengan segera bagi membolehkan promosi bufet Ramadan dibuat sepanjang bulan itu. "Masyarakat juga dinasihatkan supaya memilih dan mengutamakan premis yang memiliki SPHM yang sah," katanya. -CARI
|
pinkpunk replied at 7-3-2022 01:44 PM
jakim pun asik tutup.. byk gila tak dapat cert lagi.. telefon tak pernah berangkat.. adehhh
pinkpunk replied at 7-3-2022 01:44 PM
jakim pun asik tutup.. byk gila tak dapat cert lagi.. telefon tak pernah berangkat.. adehhh
aechae replied at 7-3-2022 02:06 PM
Call direct je uols kt unit sijil tu…
stinger987 replied at 7-3-2022 02:03 PM
Bukan tutup tapi sibuk and shortage of staff....jabatan pengsijilan jakim bukan besar mana pun.... ...
pinkpunk replied at 8-3-2022 11:48 AM
fail hardcopy dah hantar dekat 3 bulan, ni br tengok.. dah smggu sendu.. email pun tak reply.. ade ...
pinkpunk replied at 8-3-2022 11:36 AM
telefon x pernah berangkat..
emel xreply
now tutup utk sanitise 3 hari.. lagi xdo org layan sadi ...
pinkpunk replied at 8-3-2022 11:48 AM
fail hardcopy dah hantar dekat 3 bulan, ni br tengok.. dah smggu sendu.. email pun tak reply.. ade ...
aechae replied at 8-3-2022 02:32 PM
Iols emel head unit sijil trus tp dpt reply jwpn template lh … still xdpt lg cert yg star ...
stinger987 replied at 8-3-2022 12:26 PM
Dah namanya pun Jakim(badan agama) always wanting to test jiwa rakyat tentang nilai agama........K ...
ADVERTISEMENT