CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terperangkap Di Ukraine, Terpaksa Minum Air Salji Untuk Terus Hidup

7-3-2022 12:55 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 851| Komen: 2|Original author: mattzzx

Kiev - Pelajar-pelajar India yang terperangkap akibat perang di Ukraine terpaksa mencairkan salji untuk mendapatkan bekalan air bersih baru-baru ini.

Tindakan pelajar-pelajar tersebut yang belajar di universiti negara itu dibuat selepas Rusia menceroboh negara berkenaan pada 24 Februari lalu.


Foto: The Telegraph

Seorang pelajar perubatan dari India di Universiti Negeri Sumy, Ukraine, Malavika Manoj, memberitahu akhbar Hindustan Times baru-baru ini bahawa dia terpaksa mencairkan salji kerana tidak mendapat bekalan air bersih.

Menurutnya, dia juga berbuat demikian bagi tujuan untuk mendapatkan bekalan air minuman.


Lebih 500 pelajar India belajar di universiti tersebut dan tentera Rusia telah membedil loji tenaga di bandar Okhtyrka di Sumy baru-baru ini.

Ini menyebabkan para pelajar tersebut yang tinggal di hostel-hostel universiti terpaksa keluar dan mengambil salji untuk dicairkan untuk dijadikan air minuman dan bekalan air bersih. - CARI

Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 7-3-2022 11:03 AM
xde mineral water ke..
Quote airisa 7-3-2022 02:32 PM
malaysia antar student medic ke india .. student dari india pi belajar medic di ukraine

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 06:08 PM GMT+8 , Processed in 0.612054 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top