CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dibedah Sambil Lewa, Lelaki Menderita Perut Membusung Macam Hamil 9 Bulan

7-3-2022 11:35 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1067| Komen: 1

London – Seorang lelaki berdepan dengan kesengsaraan apabila memiliki perut yang kelihatan seperti sedang hamil sembilan bulan akibat kesan jahitan pembedahan apendiks yang tidak kemas, lapor akhbar The Sun UK.


Gary Urien, kini menghidap masalah hernia atau angin pasang yang membuatkan perutnya membusung seperti wanita hamil.

Isterinya, Julia, berkata, keadaan itu membuatkan Gary mengalami tekanan perasaan kerana tidak boleh menjalani aktiviti harian dengan selesa.


Foto: MEN Media

“Semua ini berlaku setahun lalu apabila kakitangan hospital terlalu sibuk menangani pesakit Covid-19 sehingga leka dalam menjalankan pembedahan ke atas suami saya.


“Kini, Gary terpaksa menunggu mungkin sehingga lima tahun sebelum mendapat tarikh pembedahan baharu bagi membetulkan keadaan perutnya,” kata Julia.

Sementara itu, Amanah Yayasan Rotherham berkata, pandemik telah menjejaskan peruntukan pembedahan yang bukan kecemasan kerana kebanyakan bajet Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain dibelanjakan untuk rawatan Covid-19. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 7-3-2022 03:16 PM
Gary Urien, kini menghidap masalah hernia atau angin pasang yang membuatkan perutnya membusung seperti wanita hamil.

Isterinya, Julia, berkata, keadaan itu membuatkan Gary mengalami tekanan perasaan kerana tidak boleh menjalani aktiviti harian dengan selesa.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 09:58 PM GMT+8 , Processed in 0.039993 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top