Tular di media sosial foto keratan surat khabar lama era 60an ke 70an menjadi bualan hangat ramai pengguna Twitter, gaya penulisan yang secara terus berserta ejaan bahasa Melayu zaman dahulu membuatkan sesiapa saja yang membaca berita tersebut rasa terhibur.
Foto-foto keratan surat khabar lama berserta kapsyen dan tajuk penulisan yang lucu, sememangnya menjadi perhatian ramai pengguna Twitter. “Anak-anak muda bersekuter berlagak romeo, ada buah dada di-pichit, di-korek” Hero ini terjun dalam longkang macam katak” kapsyen dari keratan berita lama.
“Sebahagian dari penempah-penempah maut di Shah Alam” “Ni sekor lagi hentam bampa kereta,” antara kapsyen penulisan berita lama. Melihat foto penulisan berita lama tular di Twitter, ramai pengguna media sosial meluahkan rasa terhibur tatkala membaca kapsyen yang ditulis wartawan zaman dahulu. “Bila baca dia punya rasa macam ada kat tempat kejadian” “Baca pun dah tahu tahap berbulu dia” “Baru ada semangat nak baca HAHAHA” ciap warga Twitter. “Baru ada semangat ‘sis’ nak baca surat khabar macam ni wkwkkwwk” “Saya tergamam dan terhibur melihat tulisan yang menggamit jiwa” “Berdekah aku,” ciap mereka. “Penulisan menarik, 5 haaa” “Menarik, sesuai dengan gambar, cun dia ambil ‘shoot” ciap mereka lagi. Apa pandangan anda? -CARI Sumber: Murai.my
|
slyfynx replied at 7-3-2022 04:42 PM
Tajuk wartawan cari x lengkap.
Jenuh aku pikir mcm mana buah dada dikorek.
Adui la
kepompong replied at 7-3-2022 04:51 PM
buah dada si skuter… berdasarkan artikel. Skuter vespa kan ada “buah dada” kiri kanan . mmg ben ...
edayildiz replied at 7-3-2022 01:21 PM
kelakar jgk eh bhs dulu..bhs melayu dlu lg ssh dr skrg kn..skrg simple jerr ckp..
ADVERTISEMENT