Seorang penunggang basikal cedera selepas melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Alphard yang membelok simpang di Jalan Nusa Bukit Tunku, di sini pada Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian kira-kira jam 10.11 pagi itu berlaku ketika penunggang basikal berusia 17 tahun itu sedang menuruni jalan bukit dengan laju. "Remaja lelaki terbabit kemudian melanggar Toyota Alphard yang membelok ke simpang kanan.
"Akibat kemalangan tersebut penunggang basikal itu mengalami kecederaan ringan manakala pemandu kenderaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya dalam kenyataan pada Ahad. Beliau berkata, kedua-dua pihak yang terlibat telah hadir ke Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee, Kuala Lumpur dan kes disiasat di bawah Rule 3(2)(b) LN 166/59 kerana tiada memberi laluan kepada kenderaan yang berjalan terus sebelum melintas laluan kenderaan itu. Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan ataupun maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. "JSPT Kuala Lumpur juga menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang jalan raya," katanya. Sumber: Sinar Harian
|
imransulaiman replied at 6-3-2022 03:37 PM
Dalam IG mstar ramai yang bekap basikal tu. Cakap Alphard tu takde hati perut tak bagi laluan.
Aku ...
Supersirap replied at 6-3-2022 03:38 PM
Walau apa pun aktiviti kita, hendaklah kita sentiasa beringat dan berhati-hati
edayildiz: i hate la org yg suka naik basikal ni..menyusahkan org
Belibis replied at 6-3-2022 04:19 PM
Wowww..macam skrip tuan helmi gerak khas pulak..
krustykrab replied at 6-3-2022 03:42 PM
Yg bekap tu mesti geng2 tunggang jgk
imransulaiman replied at 6-3-2022 07:22 PM
Confirm geng tunggang!
Nak guna jalan raya sampai kita pula yang perlu ikut undang-undang dorang. ...
cmf_premierleag replied at 6-3-2022 06:54 PM
Gi mampos sama geng beskal
Sbb alphard tu bayar cukai jalan
Beskal ada byr cukai jalan?
ADVERTISEMENT