CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Coklat Diperbuat Daripada Darah Lembu

4-3-2022 02:49 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1142| Komen: 3

Moscow – Coklat bernutrisi yang terkenal dari era Kesatuan Soviet iaitu Hematogen atau Gematogen dilaporkan mengandungi lima peratus protein darah lembu, lapor laman Oddity Central.

Di era Kesatuan Soviet, manisan juga mempunyai tujuan praktikal. Ramuan rahsia Hematogen pula dikatakan membantu pengguna untuk merawat anemia, kekurangan zat dan keletihan. 


Foto: Oddity Central

Ia dinikmati oleh kanak-kanak dan golongan dewasa dengan rasa vanila yang manis.  Ia juga memberi kesan baik kepada kesihatan mereka. 

Kini hematogen boleh didapati di pelbagai kedai di negara-negara bekas Kesatuan Soviet seperti Rusia dan Ukraine termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Kanada malah boleh dipesan di platform beli belah online, Amazon.

Menurut akhbar RBTH, versi pertama Hematogen telah dibangunkan pada 1890 di Switzerland dan  mempunyai campuran darah lembu serta kuning telur yang dikenali sebagai ‘Hematogen Gomel’. 

Ia dihasilkan di rumah penyembelihan sebagai cara untuk tidak membazirkan darah lembu. Proses pengeluarannya mengambil masa kira-kira 24 jam. -CARI

Sumber: Kosmo



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 5-3-2022 12:35 PM
Aikkk..sunyi thread ni..kalau bani arab buat baru seronok bani atheis melayu urban hencap.
Quote terma2nkondisi2 5-3-2022 02:05 PM
nmpk unik pulak rekabentuknya

kalau bloknya kecik2, mcm boleh buat kuih raya spesel

Quote angelofish 5-3-2022 02:09 PM
sebab korea pujaan pon makan darah lembu juga,orang china pon makan darah babi.tapi yang dah pejal macam tauhu.

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.198288 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top