CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usia Baru Dua Hari- "Sayu Tengok Bayi Positif Covid-19 Menangis, Dirawat Sendirian Dalam Hospital"

4-3-2022 01:40 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1866| Komen: 16

Pendang: "Sebagai ibu, saya tak sampai hati nak biarkan saja bayi itu terus menangis lebih-lebih lagi mengenangkannya yang sendirian di wad," kata ibu dua anak, Nur Azrah Azzah Hassan.


Nur Azrah Azzah, 27, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah di sebalik video dimuat naiknya di TikTok.

Video itu menunjukkan Nur Azrah Azzah membantu menukar lampin pakai buang seorang bayi positif Covid-19 yang ditempatkan di wad sama dengannya di hospital dekat Alor Setar, Kedah.


Foto: Harian Metro

Ramai memuji tindakan itu, namun ada segelintir netizen mengecam tindakan Nur Azrah Azzah dengan menuduhnya cuba mengambil tugas jururawat.


Nur Azrah Azzah yang menetap di Kampung Kubur Panjang, di sini, berkata, dia tahu apa dilakukannya itu melanggar prosedur hospital, namun niatnya hanya untuk membantu bayi itu selain meringankan tugas jururawat.

"Pada mulanya, hanya saya dan anak bongsu (Adyan Amsyar Akmal Hakim, sebulan) saja ada di dalam wad itu dan kami ditahan selepas disahkan positif Covid-19.

"Dua hari kemudian (Ahad), seorang bayi perempuan ditempatkan dalam wad sama dan difahamkan dia baru berusia dua hari, tetapi dirawat sendirian tanpa ada ibu bapa atau waris menemaninya.

"Pada malamnya, bayi itu menangis dengan kuat dan saya pula tidak berani sentuh, jadi saya keluar dari wad dan panggil jururawat bertugas untuk lihat apa puncanya," katanya ketika dihubungi Harian Metro.



Sementara menunggu jururawat datang, Nur Azrah Azzah membantu menukar lampin pakai buang bagi meredakan bayi yang menangis tanpa henti.

Menurutnya, dia terpaksa menukar lampin bayi itu kerana anaknya turut menangis apabila terdengar bayi itu menangis.

"Bagaimanapun, saya ada beritahu kepada jururawat apa yang dilakukan dan jujurnya, saya hanya bantu tukar lampin pakai buang saja serta tidak langsung mendukungnya seperti didakwa segelintir netizen.

"Jika tidak buat begitu, anak saya akan menangis sama kerana terganggu. Lagipun, hanya tiga jururawat bertugas pada malam itu dan mereka perlu melayan pesakit lain, jadi saya cuba bantu mana yang termampu," katanya.

Nur Azrah Azzah berkata, dia hanya sempat tinggal semalaman saja dalam satu wad bersama bayi itu kerana dibenarkan pulang keesokan harinya.

Sebelum pulang, Nur Azrah Azzah mengakui sebak kerana memikirkan bagaimana keadaan bayi itu pada hari itu dan berikutnya tanpa ibu bapa di sisinya.

"Ketika di wad, saya dapat tengokkan bayi itu dan bantu tenangkannya apabila menangis kerana terfikir mungkin dia tidak selesa di wad atau rindukan ibunya.

"Selepas saya keluar, tak tahu bagaimana keadaan bayi itu dan walaupun ada jururawat bertugas, bukan setiap masa mereka dapat memantau keadaannya.

"Sedih pula memikirkannya kerana anak sulung (Aidan Mikhail Akmal Hakim, 2) dulu pernah ditempatkan sendirian di unit rawatan intensif neonatal (NICU) dan saya boleh bayangkan bagaimana perasaan ibunya yang tidak dapat bersamanya," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 4-3-2022 03:19 PM

Pendang: "Sebagai ibu, saya tak sampai hati nak biarkan saja bayi itu terus menangis lebih-lebih lagi mengenangkannya yang sendirian di wad," kata ibu dua anak, Nur Azrah Azzah Hassan.


Nur Azrah Azzah, 27, memberi reaksi itu ketika diminta berkongsi kisah di sebalik video dimuat naiknya di TikTok.
Quote shi_jewel 4-3-2022 04:01 PM
jadi, ambillah iktibar mak bapa di luar sana..sebelum balik jumpa anak, bersihkan diri dulu.
Quote imransulaiman 4-3-2022 06:26 PM
Ambilah juga iktibar - jangan sikit-sikit nak up video...

Setakat ni ada tak yang upload video dia tengah berak?
Quote mikasa 4-3-2022 06:31 PM
Kesan selepas sembuh pada  kanak2/bayi yang terkena covidl lebih merisaukan.berbanding sengsara waktu kena covid
Quote eyansss 4-3-2022 07:04 PM
agak pelik takde yang temankan…  ke makpak kena sekali n terus stage 4/5…
Quote Minami2013 4-3-2022 08:47 PM
Again, mak pak jgn selfish bawak anak baby dan kecik2 tanpa protection masa keluar. Mak pak pakai mask, anak togel je. Bangang ke ape
Quote awenda507 4-3-2022 09:07 PM
Ramai yg aku nmpk makpak kuar merata bwk baby yg kecik lg x smpai 4 5 bln lg. Aku pulak yg ngilu perut mengenangkn baby2 tu terdedah risiko covid
Quote shernazz 4-3-2022 09:14 PM
Kawan iols baru lepas beranak.dah kena.covid..
Pastu kena balik rumah kuarantin sundiri
Mujur adik.dia dok dkt2 situ..
Sedih iols.tgk...
Quote kaishi 4-3-2022 09:17 PM
Kalau aku jd dia ni, aku akan buat benda sama..... Huhu, sbb aku tak sampai hati...... Covid tak covid,
Quote .HannahMontana. 4-3-2022 09:20 PM
Apa cerita ibu yg beranak anak jatuh stretcher kepit anak dengan kaki ..dia positif corona...nurse buat celaka xnak tolong dia

jawab yg itu dulu

vaksin corona punca kes mencanak naik

Malaysia sign perjanjian jadikan rakyat sebagai  ujikaji

eosk esok ada negara nak tets senjata nucklear pun ditala nya ke Malaysia juga.
Quote n3ar 4-3-2022 11:30 PM
Bagus la tolong tukar lampin tu.. Yg tak bagus g rekod video & upload... Hang macam taktau perangai netizen malaysia...
Quote che-cikL 4-3-2022 11:54 PM
Hadap pujian lah tu, up video biar org tahu dia tolong jaga baby tu. Sebenarnya ok je dia tlg baby tu, sebab dia pun dah mmg sama kena Covid.
Quote airmineral 5-3-2022 01:22 PM
smlm p cac ada baby 49 hari.
omaknya baru abes pantang , dia dgn baby da positip
siannn anaknya demam
Quote uori 5-3-2022 01:47 PM
Pendang?
Quote sweetrevenge16 5-3-2022 05:15 PM
uori replied at 5-3-2022 01:47 PM
Pendang?

Kenapa dgn pendang uols...
Quote namieamuro 5-3-2022 05:38 PM
dlm wad baby mmg mcm tu kan. bkn takde nurse pantau pn. acik ni nk tlg pn tlg ajela dendiam. sbb tu dlm wad tak bole sukehati nk amek gambar. jd mcm ni la. dh kne kecam bru ade akal nk explain. tak kene kecam, dok bersayu sayu mcm dewa sayu. tah parents dan waris bdk tu tgh sakit ke kene tahan wad.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.185082 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top