Kasihnya seorang anak, apa sahaja sanggup dilakukan demi bapa tercinta. Begitulah yang dilalui pemain biola profesional, Endang Hyder, 36, yang meluahkan hasrat menjual peralatan muzik demi menampung perbelanjaan perubatan bapanya.
Menerusi Twitter, pemilik nama Ell Zain Hyder Zainuddin itu memuat naik rakaman video sedang menggesek biola (online busking) dan meninggalkan nombor akaun bank miliknya sekiranya ada yang mahu memberi sumbangan. "Kongsikan (video) ini supaya saya dapat bantu bil perubatan Institut Jantung Negara (IJN) ayah," tulisnya.
"Jika ada reviu berbayar, kolaborasi atau apa sahaja kerja yang mahu ditawarkan, saya gembira untuk menerimanya. "Anda juga boleh mengupah saya untuk membuat persembahan biola dalam apa jua acara," tambahnya lagi. Dalam tweet berasingan, Endang berkata ia merupakan ikhtiar terakhir sebelum menjual biola miliknya.
|
ADVERTISEMENT