Kewujudan aplikasi WhatsApp menjadi pemudah cara dalam komunikasi harian kita pada hari ini. Namun, wujud kebimbangan apabila WhatsApp sering digunakan dalam penyebaran berita palsu sehingga mencetuskan kekeliruan, khususnya bagi individu yang lebih berusia.
Di Twitter, seorang wanita turut berkongsi cerita mengenai ibunya yang menerima satu kiriman WhatsApp palsu, berkaitan status halal satu produk makanan sejuk beku (frozen). Dalam tangkap layar tersebut, individu yang mengirim mesej WhatsApp berkongsi foto hidangan calamari ring ataupun sotong yang dipotong bulat seperti cincin.
Dakwa individu tersebut, produk berkenaan tidak dihasilkan menggunakan sotong sebenar, sebaliknya ia diperbuat daripada bahagian dubur khinzir. "Assalamualaikum sahabat, nak share info, ni adalah dubur babi. Nampak macam sotong, ring dia besar dan putih. "Kalau sotong ada titik-titik. Takut terbeli. Sekilo kat Perlis RM7.90. Kat KL RM11. Tapi dalam plastik. "So, kawan-kawan tak berani beli. Tapi pandai depa letak tanda halal," dakwa individu itu lagi. Perkongsian @qeels88 menerusi Twitter ternyata meraih perhatian netizen apabila posting itu meraih lebih 4,500 ulang kicau (Retweet). "Amenda (apa benda) la info bukan-bukan orang share kat mak aku ni?" tulis @qeels88 menerusi Twitter. Dalam pada itu, rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman sama, mendakwa ahli keluarga mereka turut menerima kiriman mesej sama. Selain berang dengan penyebaran maklumat palsu yang mengelirukan orang tua, ramai netizen turut berjenaka mengenai isu tersebut. "Kesian babi susah nak berak. Mana tak nya, ambil dubur je. Berapa ekor babi lah untuk dapat sepaket ni? "Babi pun dah cukup mahal, jadi kenapa mereka nak perdaya Muslim dengan menjual produk ini dengan logo Halal? "Hey, korang ingat murah ke nak jual dubur babi? "Sama la, mak hantar kat WhatsApp famili. Saya sebagai student kulinari membangkang ya. Pelik-pelik je fitnah sotong. "Baru semalam ibu bapa saya hantar dalam group WhatsApp famili," tulis beberapa netizen lagi. -CARI Sumber: mStar Online
|
Firenzza replied at 4-3-2022 03:46 AM
Smlm lalu lalang isu ni dlm wassap, nmpk kt pasar mmg byk jual, eamai jerrr acik2 kepam berbondong2 ...
cmf_premierleag replied at 4-3-2022 12:10 PM
nilaikan sendiri
cmf_premierleag replied at 4-3-2022 04:10 AM
nilaikan sendiri
ADVERTISEMENT