CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kenapa Mahal Sangat? Pelanggan Terkejut Makan Mi Sup Semangkuk RM60

4-3-2022 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5710| Komen: 47

Petaling Jaya – Isu makanan mahal semakin menjadi-jadi ketika ini apabila ramai peniaga mengambil kesempatan menaikkan harga setiap menu dengan mendadak sehingga dikatakan tidak masuk akal.


Ini kerana, mereka memberi alasan harga bahan mentah juga semakin meningkat dan memaksa mereka untuk menaikkan harga jualan bagi mengelak kerugian.

Baru-baru ini tular di media sosial apabila seorang pengguna memuat naik hantaran memaklumkan harga bagi semangkuk mi sup ikan yang dimakan di sebuah restoran di Sibu adalah RM60.


Foto: Kosmo

Menurut pengguna tersebut, dia berasa terkejut apabila dimaklumkan harga makanan berkenaan ketika ingin membuat pembayaran di kaunter.


Kemudian, dia memeriksa semula resit yang diberikan serta menanyakan kepada peniaga soal harga makanan yang terlalu mahal.

Balas peniaga itu, mi sup yang dipesan adalah menggunakan jenis ikan patin yang berharga RM190 per kilogram.

Tambah peniaga itu lagi, harga mi sup tersebut memang agak mahal kerana kualiti ikan yang digunakan dan mempersoalkan mengapa pelanggannya itu tidak bertanyakan soal harga pada awalnya.

Sehubungan itu, dia terpaksa menerima harga tersebut walaupun baginya alasan yang diberikan peniaga kurang relevan.

Katanya lagi, ini juga merupakan silapnya kerana tidak bertanya terlebih dahulu mengenai harga hidangan itu sebelum membuat pesanan.

Insiden yang dikongsikan itu telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai yang rata-ratanya menganggap peniaga tersebut mengambil kesempatan mengenakan harga yang mahal kepada pelanggannya.

“Macam tipu sahaja, jarang la peniaga nak guna ikan patin mahal untuk berniaga, bukan seekor pun dalam mi sup tu, harga semangkuk macam untuk makan lima orang, sebab itu penting untuk peniaga sediakan buku menu kepada pelanggan bagi semak harga sebelum pesan makanan,” luah Fazrina.

“Apa maksud peniaga itu pelanggan tak tanya harga dulu, bukan mereka yang patut sediakan harga hidangan untuk dilihat pelanggan, kiranya kalau pelanggan tidak bertanya, peniaga boleh sesuka hati kenakan harga yang mahal,” komen seorang pengguna lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote white_musk 4-3-2022 11:07 AM
Betulkah RM? ntah ntah PHP

lebih kurang 6 ringgit sahja tu
Quote musangbodoh 4-3-2022 11:07 AM
xkan ko main sondol je ...x kenal ke ikan ape
Quote dua_chzy 4-3-2022 11:15 AM
Tak boleh akak bayangkan rasa mihun sup ikan patin.
Quote allshares 4-3-2022 11:25 AM
Ikan patin kot. Alangkah ikan patin sangkar yg org bela pun mkn seketul belas2. Patin sungai maksudnya yg pancing la kan? Mmg gitu la harganya.

Tapi peniaga mmg ptt letak harga pada menu, n inform tu ikan patin mahel. Bdway kembang tekak fikir ikan patin msk sup?
Quote susukambingbest 4-3-2022 11:26 AM
dua_chzy replied at 4-3-2022 11:15 AM
Tak boleh akak bayangkan rasa mihun sup ikan patin.

Tahnya. Wlaupun iol org phg, dgr nama mihun sup ikan patin pun dah loya. Apatah lg nk mmakannya.

Pniaga mmg ada niat menipu sbb xletak harga terang2. Apasal cstmer nk kena tnya plk? Plnggan pun slh sbb main order je. Klau trasa nk mkn menu ikan patin, tnya je sesiap patin sungai ke, sgkar or kolam. Klau sgkar leh order. Klau kolam kurg sdap. Klau sg, jgn order kcuali duit brkepuk2.
Quote Firenzza 4-3-2022 11:30 AM
dua_chzy replied at 4-3-2022 11:15 AM
Tak boleh akak bayangkan rasa mihun sup ikan patin.

Jarang org buat sup ikan darat ni sis, rasa loya & mual....ikan merah tu kira ok jg la
Quote glump 4-3-2022 11:31 AM
Ikan patin tu datang dari pahang ..tu Mahal..gamak lah kan.
Quote tukul 4-3-2022 11:33 AM
dua_chzy replied at 4-3-2022 11:15 AM
Tak boleh akak bayangkan rasa mihun sup ikan patin.

Uweeekkkk.... terbayang hanyir je kan
Quote SedihPedih 4-3-2022 11:34 AM
jenis tak tya dulu before order le nih...
Quote shernazz 4-3-2022 11:36 AM
Sup ikan.kerapu.goreng sedap..haha
Quote Thunderclouds 4-3-2022 11:49 AM
dua_chzy replied at 4-3-2022 11:15 AM
Tak boleh akak bayangkan rasa mihun sup ikan patin.

Ntahnya. Kalo sup ikan merah/jenahak wat mkn ngn bihun mmg la sedap. Ini ikan patin??
Quote Orix 4-3-2022 11:51 AM
tak hanyir ke ??? euwww... iols kalau makan laksa bunga kantan tak cukup nk overshadow rs hanyir ikan pun iols x lalu lah nak makan
Quote Thunderclouds 4-3-2022 11:53 AM
Ni jenis nk mkn xtnya rega dlu kalo peniaga xboh pricing. Tnya laaaa..hg ada duit pon xrugi tnya. Kaa..takat hadap viral ja mangkuk nih?
Quote dua_chzy 4-3-2022 12:17 PM
Firenzza replied at 4-3-2022 03:30 AM
Jarang org buat sup ikan darat ni sis, rasa loya & mual....ikan merah tu kira ok jg la

Ikan darat kalau talapia, boleh terima lagi sebab ikan tu sedap dibuat sup dengan tomato/sayur asin (provided ko goreng dulu ikan tu).

Ini patin. Ya Allah. Tak terjangkau dek akal fikiran aiol. Tengok gambar pun rasa macam ewww ja nampak kuah kelabu gitu umpama sup daging padehal ikan.
Quote NurAlia14 4-3-2022 12:18 PM
Ke sbb customer ingt mehun sup biase2 je standed rega mihun sup la nk tnye ape lg paling mahai rm10, tgk2 buh ikan mahai..
Quote prettyuglybabe 4-3-2022 12:39 PM
ikan patin yang i boleh terima, masak tempoyak or goreng garing jah..
selain dari tu, terasa agak kembang juga la..
seafood meat sayur ni tiap jenis ada cara masakan..
bukan semua boleh buat sup, goreng, gulai, grill, rebus ke apa..
Quote buapakperut 4-3-2022 01:53 PM
Peliknya mee ikan patin. Dahla ikan tu bau kuat
Quote Mooverine 4-3-2022 02:10 PM
Biar betik ikan patin? Tak pernah lagi jumpa kedai mee sup ikan, pakai ikan patin.
Dan rasanya jarang juga kedai kat sini hidang ikan patin, sebab ramai pantang makan ikan tu.


Quote hareeeesah 4-3-2022 02:19 PM
urghh masa dia makan x rasa pelik ke? Meehoon sup plak tu eeiuwww.. pastu x order air ke? Ke marketing as usual…?

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:19 PM GMT+8 , Processed in 0.183386 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top