CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makan Dagingnya Boleh Hidup Sampai 800 Tahun- Berwajah Manusia Tapi Berekor, Mumia Ikan Duyung Bingungkan Pakar

4-3-2022 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2405| Komen: 10

Mumia kuno menyerupai ikan duyung yang ditemui sekitar abad ke-18, akan dianalisa oleh saintis.

Makhluk itu dengan wajah yang kelihatan seperti manusia namun mempunyai ekor, telah membingungkan pakar selama berabad lamanya.


Ia didakwa ditangkap di Lautan Pasifik, di luar pulau Shikoku, Jepun, antara tahun 1736 dan 1741.

Kini ia berada di sebuah kuil di bandar Asakuchi.


Foto: Metro UK

Penyelidik dari Universiti Sains dan Seni Kurashiki telah mengambil mumia tersebut untuk menjalankan 'CT scan' dalam usaha untuk membongkar misterinya.


Hiroshi Kinoshita dari Persatuan Cerita Rakyat Okayama (Okayama Folklore Society) berkata mumia tersebut mempunyai signifikan dari sudut agama.

"Ikan duyung Jepun mempunyai legenda keabadian.

"Dikatakan bahawa jika anda makan daging ikan duyung, anda tidak akan mati. Terdapat legenda di banyak tempat di Jepun bahawa seorang wanita secara tidak sengaja memakan daging ikan duyung dan hidup selama 800 tahun," katanya.

Tidak jelas bagaimana atau bila mumia tersebut berada di kuil Enjuin di Asakuchi.

Tetapi ketua paderi, Kozen Kuida, berkata ia telah dipamerkan dalam bekas kaca kira-kira 40 tahun lalu dan kini disimpan dalam peti besi kalis api.

"Kami telah menyembahnya, berharap ia akan membantu mengurangkan wabak Covid-19 walaupun hanya sedikit," katanya kepada The Asahi Shimbun, sebuah akhbar Jepun.

Para saintis akan mendedahkan penemuan mereka selepas selesai menganalisa mumia kuno tersebut. -CARI

Sumber: mStar/ Metro.co.uk

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 4-3-2022 01:32 PM

Mumia kuno menyerupai ikan duyung yang ditemui sekitar abad ke-18, akan dianalisa oleh saintis.

Makhluk itu dengan wajah yang kelihatan seperti manusia namun mempunyai ekor, telah membingungkan pakar selama berabad lamanya.
Quote mbhcsf 4-3-2022 01:47 PM
Edited by mbhcsf at 4-3-2022 01:48 PM

apa sejarah mumia tersebut selain dikatakan ia menyerupai  mermaid?
i suspect ade kecacatan fizikal akibat  penyakit genetik ke ape ke lantas dikatakan mermaid?
tak dinyatakan pun di mana /lokasi dia ditangkap ...tahun dia sebut.
takkan dan mustahil tak ada pendita di kuil itu  atau mana mana kawasan kuil yg berhampiran ketika zaman itu  yg tahu menulis tak mencatat ape ape, sedangkan kita tahu depa ni budaya far eastern ni budaya dokumentasi tu nampak depa dah ade bila  tengok drama drama depa...
Quote Mooverine 4-3-2022 01:56 PM
https://www.the-sun.com/news/481 ... id-human-face-tail/   kat sini lebih jelas.
Quote sharlenetexas 4-3-2022 01:58 PM
Ikan cacat?

Quote mesmerize 4-3-2022 02:05 PM
apa nak heran dek.. laut tu punya la luas n dalam mengalahkan daratan.. mesti la macam2 species dan rupa bentuk hidupan laut ada dalam tu.. ikan berkepala manusia, berkepala kerbau bagai .. tinggal ditemui ke tak ditemui je oleh manusoa
Quote epullipan 4-3-2022 05:11 PM
ikan berkepala unta ade tak
Quote jas7512 4-3-2022 05:16 PM
Buat apa nak hidup lama2..dah 100 thn pun rasa x larat nak bawa bdn..ini pula klu hidup 800 rhn...80 thn hidup oklah
Quote mbhcsf 4-3-2022 05:16 PM
Mooverine replied at 4-3-2022 01:56 PM
https://www.the-sun.com/news/4811193/mystery-mummified-mermaid-human-face-tail/   kat sini lebih jel ...

coool...thanks i dah bacam, oh barulah faham ia kemungkinan bukan mermaid betul tapi  ada beberapa teori.

see? budaya mencatat , ade pun ...the actual owner ti cakap ...

kenapa article BI lebih details ye...
Quote angelofish 4-3-2022 06:50 PM
indon jangan claim pulak .konon nya japang ciplak jenglot indon
Quote Mooverine 5-3-2022 07:06 AM
mbhcsf replied at 4-3-2022 05:16 PM
coool...thanks i dah bacam, oh barulah faham ia kemungkinan bukan mermaid betul tapi  ada beberapa ...

welcome.. itu lah, yg BM punya macam tergantung kan sebab banyak info dia tak masukkan. Mungkin ada limit words untuk sesuatu news yang dilapor tu kot hahaha

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.067114 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top