CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Telanjang, Petani Jumpa Isteri Mati Dengan Badan Dicincang Di Sawah Padi

4-3-2022 10:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2410| Komen: 8

Seorang wanita dari Desa Jatimulya, Jawa Tengah, Indonesia ditemukan meninggal dunia dalam keadan badannya yang dicincang, pada Rabu.

Pada hari kejadian, mangsa dan suaminya keluar bekerja di dua kawasan sawah padi yang berbeza, dengan jarak kira-kira 2 kilometer (km).

Selesai kerja, suaminya pulang dan menunggu di rumah, namun kelibat isterinya langsung tidak kelihatan.


Gambar Hiasan

Sekitar dua jam kemudian, lelaki itu keluar semula ke sawah sebelum menjumpai mayat isterinya dalam keadaan tanpa seurat benang.

"Akhirnya saya pergi ke padang dan mendapati isteri saya dalam keadaan menyedihkan. Mayat terbaring tidak bermaya, semua pakaian telah ditanggalkan. Saya terkejut dan segera meminta pertolongan," kata lelaki yang mahu dikenali sebagai W itu.

Penduduk setempat kemudiannya terus menghubungi polis dan mayat mangsa dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, W ketika ditemui di kediamannya pada Khamis berkata, keadaan sekitar sawah lokasi kejadian itu sangat sunyi.

W juga mengakui bahawa isterinya tidak pernah bercerita sekiranya dia menghadapi masalah dengan seseorang atau ada masalah lain.

Malah, ketika berangkat ke sawah, mangsa dalam keadaan sihat dan normal.

"Saya dan isteri biasanya pergi ke sawah bersama-sama, tetapi kadang-kadang juga secara berasingan.

"Ya, saya rasa itu kerana kami sudah biasa, jadi tidak ada firasat atau terfikir kejadian seperti ini," kata W lagi. -CARI

Sumber: Kompas.com

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 4-3-2022 01:31 PM
Seorang wanita dari Desa Jatimulya, Jawa Tengah, Indonesia ditemukan meninggal dunia dalam keadan badannya yang dicincang, pada Rabu.

Ads by

Pada hari kejadian, mangsa dan suaminya keluar bekerja di dua kawasan sawah padi yang berbeza, dengan jarak kira-kira 2 kilometer (km).
Quote tikusmontok 4-3-2022 02:15 PM
Edited by tikusmontok at 4-3-2022 02:17 PM

Segala citer sampah ndon kau tepek sini...bangsa ndon friska babu sendiri tak gamak nak bukak thread pasal ni..isu semasa ke tu samdol?
Quote raxief 22-3-2022 01:38 AM
kena cincang... fuh.. mmg hati kering
Quote naina 22-3-2022 05:59 AM
Kena cincang MCM mana? Hancur la kan macam daging cincang tu? Guna alatan apa? Mesin padi ke..
Quote any42 22-3-2022 06:40 AM
klau bkn suami mngsa sndri yg bnuh kesiannya msti trauma tmbah pula tgk myat isteri dlm keadaan mngerikn.
Quote darkness 22-3-2022 07:05 AM
Ada skandal ka?
Quote Simunggu 22-3-2022 09:23 AM
nak bunuh, bunuh shj. kenapa sampai cincang??? dia zombi ya?
Quote mdhelmi 22-3-2022 12:27 PM
ntah2 si W yg punya keje semua tu

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:42 PM GMT+8 , Processed in 0.066742 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top