Remaja warga Singapura berusia 19 tahun dihadapkan ke mahkamah semalam atas dakwaan atas beberapa kes seksual dan mencederakan adik perempuannya.
Remaja tersebut yang kini menuntut di Institut Pendidikan Teknikal dipercayai melakukan kesalahan itu semasa berusia kira-kira 15 hingga 18 tahun iaitu dari tahun 2017 hingga 2020 manakala diknya ketika itu berusia antara lapan dan 11 tahun. Berdasarkan dokumen mahkamah, kejadian didakwa berlaku di sebuah unit perumahan awam. DIfahamkan, remaja berkenaan disabitkan dengan dua kesalahan atas dakwaan merogol adiknya, pencabulan seksual dan mecederakan mangsa dengan sengaja.
Dia didakwa melakukan pencabulan seksual dua kali pada 2017 dan mencuba untuk merogol mangsa pada bulan Februari di bilik tidur ketika adiknya itu berusia lapan tahun. Pada Oktober 2017 pula, tertuduh dikatakan menumbuk muka adiknya sehingga menyebabkan mangsa mengalami lebam di bawah mata dan sakit badan. Pada tahun berikutnya, dia mencederakan sekali lagi adiknya sehingga berdarah menggunakan kayu. Dia juga dituduh merogol mangsa dua kali pada Januari 2020 tetapi tidak jelas bagaimana jenayahnya itu terbongkar. Menurut laporan Today Online, mangsa kini berada di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga kata seorang pendakwa polis kepada mahkamah. Ibu bapa mereka juga berada di mahkamah dan bersetuju untuk menyelamatkan anak lelakinya. Malah Hakim Daerah Terence Tay menetapkan jaminan sebanyak SD50,000 dan menangguhkan kes kepada 23 Mac ini. Dalam pada itu, individu yang disabitkan kesalahan merogol atau pencabulan seksual bawah umur 14 tahun boleh dipenjara sekurang-kurangnya lapan tahun dan sehingga 20 tahun dan dikenakan sekurang-kurangnya 12 sebatan. Manakala percubaan merogol boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun berserta sebatan. Akhirnya, mereka yang didakwa sengaja mencederakkan seseorang boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda sehingga S$5,000 atau dihukum dengan kedua-duanya. Sumber: MalaysiaGazette
|
ADVERTISEMENT