CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pelanggan Tempah Kek 'Tengah Malam Buta' Minta Maaf

4-3-2022 08:08 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3203| Komen: 22

Seorang peniaga kek di Bazar Mara Gemencheh Lama, Tampin tidak menyangka perkongsiannya mengenai tindakan seorang pelanggan yang mahu menempah kek pada awal pagi menjadi tular sekali gus menerima pelbagai persepsi daripada orang ramai.


Peniaga berkenaan, Siti Nur A’shikin Sadikun, 38, berkata, dia berkongsi mengenai perkara itu kerana mahu orang ramai memahami privasi peniaga yang juga mahu berehat selepas seharian bekerja.

Menurutnya, pelanggan berkenaan menghubunginya pukul 3. 46 pagi beberapa kali semata-mata mahu menempah kek.


Tangkap layar perbualan pelanggan yang tular

“Deringannya panjang dan bila tak angkat, dia hubungi sekali lagi. Ia membuatkan saya terkejut dan terus bangun tidur.

“Saya ingatkan ada hal kecemasan, kematian atau panggilan mustahak daripada keluarga tetapi bila tengok WhatsApp, pelanggan itu tanya adakah saya buat kek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Jelasnya, terkilan dengan tindakan pelanggan berkenaan yang menganggu waktu tidurnya membuatkan dia bertindak memuat naik status di laman Facebook kira-kira pukul 4 pagi.

“Peniaga juga manusia biasa. Jika WhatsApp saja tiada masalah dan saya memang biasa menerima mesej pada awal pagi. Kita perlu tahu adab dengan orang,” ujarnya.



Siti Nur A’shikin yang lebih dikenali dengan panggilan Cef As yang telah membuka kedai kek sejak 2014 tidak menyangka pengikut facebooknya bertambah hampir 1,000 gara-gara status yang tular itu.

Menurutnya, dia dan pelanggan berkenaan tidak mempunyai masalah dan urusan perniagaan berjalan seperti biasa. 


Sumber: K! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote monreyes 4-3-2022 08:16 AM
call time mcm tu kalau bahan x cukup tetap x blh nak buat kek nya...
x sempat tunggu siang.

Quote Belibis 4-3-2022 08:22 AM
Ini semua lapar viral..
Quote kakikuDibibirmu 4-3-2022 08:25 AM
Do not disturb tersenyum sinis
Quote hashashes 4-3-2022 08:26 AM
Berjaya lah marketing nya, foolower Fb dah naik 1k
Quote Decaffeinated 4-3-2022 08:30 AM
Tak reti2 ka nak ada dua number. Fact is memang ko tunggu ja pelanggan x kira masa kan? Lepas tu acah2 terganggu. Org tu call sebab dia tau ko bukan tido pun sibuk main WhatsApp.
Quote krustykrab 4-3-2022 08:54 AM
Cheap marketing ke ni?
Quote faraway1 4-3-2022 09:00 AM
1000 follower katanya, itu pun cheap marketing sebab reality mau ke jadi follower untuk kedai camni..

No thank you
Quote saviour_09 4-3-2022 09:34 AM
marketiinnggggg

nowadays mmg marhaen lapar like share tololwer macam ni kheennnn
Quote makita 4-3-2022 09:43 AM
Peniaga ni bahasa kan diri chef. Dia ni kuat merempan n suka skrin shot wasap yg dia x berkenan. Cuma kali ni viral. Dia pnh buat kelas online deco cake RM10. Patu merempan kat fb sbb ada student dia ckp deco dia ajar ni tak cantik.
Apa2 pon yg tukang order tu mmg tak logik la msg org kul 3 pagi. Biasa bakal customer gini kalau kita amek order mesti lain mcm kehendaknya.
Dan peniaga ni mmg buruk perangai pegi letak conversation bakal customer kat socmed. Wpon dpt sokongan netizen..bakalan pembeli akan rasa takut nak order. Wpon mengaku chef sbb ada diploma culinary dan ada bukak kedai hasil bantuan gomen..mmg design dia out gila
Quote darkness 4-3-2022 09:48 AM
Aku pernah je whatsapp peniaga jam 4 pagi. Elok pun dia layan aku..xlah sampai viralkan aku. Slalu yg whatsapp awal2 ni nak book awal...tp aku taklah sampai call or tu. Just send whatsapp aje
Quote ctaz 4-3-2022 09:59 AM
viral untuk marketing....
Quote malaygirl 4-3-2022 10:05 AM
Dah tahu taknak terganggu pakai lah dua nombor. Satu nombor utk bisnes. Satu lg utk personal. Tu pun nak ajar
Quote kucingitam 4-3-2022 10:39 AM
mohon pelanggan tu tampil buat live.. tah2 sendiri message diri sendiri demi marketing...ceh
Quote lwyl 4-3-2022 10:53 AM
Tak boleh ke jawab elok-elok?

Hari pertama CNY orang Melayu call nak tengok rumah. Nak sewa katanya. Elok je orang di rumah jawab pertanyaan dia padahal boleh marah orang tu, kan? Wth hari pertama CNY pukul 10 pagi nak tengok rumah.

Quote dodolgemok 4-3-2022 10:58 AM
Aku xpaham kenapa poremer2 atas ni semua kecam acik tu? Lojik ke call dua tiga kali waktu pagi buta tanya pasal kek? Harap2 kau org kena ganggu dgan kak ponti jam 2 pagi tika kau org tgah ngesek baru tau langit tinggi rendah kann??
Quote asamfish 4-3-2022 11:04 AM
Menyampah betul sesape yang suka screenshot perbualan di WA - dishonest and rude!
Quote prettyuglybabe 4-3-2022 11:23 AM
i pun percaya marketing stye mikimos..
Quote Dwdrum 4-3-2022 11:26 AM
Customer pelbagai jenis perangai... Mahu ber bussiness cari solution untuk settle kan..
Quote Atata 4-3-2022 11:46 AM
asamfish replied at 4-3-2022 11:04 AM
Menyampah betul sesape yang suka screenshot perbualan di WA - dishonest and rude!

Kan.. buduh. Atau yg screenshot conversation ngan laki. wakakakakakakak.

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-2-2025 04:51 PM GMT+8 , Processed in 0.042511 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top